Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Haramkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaannya kepada pihak berkuasa supaya mengharamkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate kerana ia didapati berbahaya kepada manusia dan hidupan liar selain mencemarkan alam sekitar.

Baru-baru ini seorang lelaki dari Brooklyn, Amerika, menuntut pampasan bernilai $5 juta dalam satu saman terhadap Pepsico, iaitu syarikat pengeluar Quaker Oats. Menurut saman tersebut, dakwaan pihak syarikat bahawa makanan untuk sarapan yang terkenal itu sebagai 100% asli adalah dakwaan yang palsu, bersifat menipu dan mengelirukan kerana syarikat terbabit menggunakan glyphosate ketika memproses oat.

Bahan itu digunakan sebagai racun rumpai dan disembur pada tanaman oat sebagai bahan pengering sebelum dituai, demikian menurut dakwaan lelaki dari Brooklyn itu dalam samannya di mahkamah persekutuan.

Bagaimana menentukan kesegaran ikan

MATA: Menonjol keluar dan tidak keruh, merah dan tenggelam.

INSANG: Berwarna merah terang dan tidak berlendir atau gelap.

SISIK: Melekat dengan kuat pada kulit.

USUS: Melekat dengan kuat pada tulang dan tidak berubah warna.

TUBUH: Mempunyai tekstur yang anjal dan kuat apabila dicucuk.

KULIT: Cerah dan berkilat dengan bercahaya, kilauan basah dan tidak kusam dan kering.

BAU: Bau seperti aroma lautan dan tidak terlalu berbau hanyir.

Berbasikal Memberi Ilham

“Ketika diri kurang bersemangat, ketika hari kelihatan suram, ketika kerja membosankan, ketika harapan umpama sesuatu yang sia-sia, cubalah menunggang basikal dan berkayuhlah di jalan tanpa memikirkan apa-apa kecuali kayuhan yang sedang anda lakukan.” Arthur Conan Doyle, penulis British.

 

Panduan CAP: Basikal Bagus. Boleh didapati di sini: http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/31

Pengurangan Cukai Adalah Racun, Bukan ‘Penyembuh’ Bagi Rokok Haram

Adakah kita akan mengesahkan parti dadah dan menjadikannya lebih murah untuk mencegah atau mengurangkan penggunaan secara haram? Jika ia satu idea yang tidak masuk akal maka ketagihan nikotina (biasanya dalam bentuk merokok) perlu ditangani dengan langkah kawalan tembakau yang lebih ketat.

Industri tembakau menyuarakan hakikat bahawa kira-kira 60 peratus rokok yang dihisap oleh kira-kira 5 juta perokok adalah rokok yang diseludup. Dilaporkan bahawa Jabatan Kastam Malaysia berjaya menghentikan cubaan menyeludup 456.03 juta batang rokok antara Januari dan Jun 2020 iaitu hampir dua kali ganda bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Hapuskan subsidi gula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menghentikan dengan segera subsidi harga gula.

Gula perlu dijual pada harga pasaran kerana ia bukan keperluan asas dan pengambilannya hanya membahayakan kesihatan seseorang. Gula telah dikaitkan dengan lebih 60 penyakit daripada kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoporosis dan masalah jantung hinggalah kepada asma dan alergi.

Uji Loom Bands dan Perjelaskan Kekeliruan

alt

Sejak kebelakangan ini muncul pelbagai laporan yang bercanggah mengenai loom bands (gelung plastik) dan ftalat – sejenis bahan kimia berbahaya yang biasanya terkandung di dalam barangan plastik. Loom bands kini menjadi kegemaran ramai, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Oleh itu Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa bimbang mengenai laporan yang bercanggah mengenai sama ada loom bands selamat atau tidak untuk digunakan. Kami percaya adalah penting semua loom bands diuji dan hasil ujian tersebut dihebahkan kepada orang ramai supaya mereka tahu mana yang selamat dan mana yang tidak

alt

alt

alt

alt

alt