Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

PENGAJARAN TERBAIK

Melalui rasa ingin tahu, penemuan dan kesedaran diri. Begitulah caranya bagaimana kanak-kanak belajar yang terbaik dan mereka tidak akan lupa daripada proses belajar sendiri. Tidak dari sekolah yang tidak menggalakkan mana-mana sifat ini.

Kuatkuasakan Dengan Tegas Akta Racun 1952 – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan agar menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun 1952 berikutan penemuan racun terkawal dalam makanan.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan mendapati 21 produk makanan dan minuman, antaranya minuman kesihatan, kandi dan kopi pracampuran mengandungi racun terkawal seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

Usah beralasan lagi: Haramkan kodeina sekarang

Sejak 15 tahun lalu, CAP telah mengetengahkan isu mengenai bahaya dan kemudaratan pengambilan kodeina (codeine) dalam ubatan dan kemudahan membelinya di mana-mana. Kami percaya Kementerian kesihatan memahami perkara ini dan pihak berkuasa farmaseutikalnya cukup menyedari tentang keadaan di sini.

Penduduk Malaysia perlu kurangi gula sehingga 80%

alt

14 November adalah Hari Diabetes Sedunia. Sehubungan ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan para pengguna supaya mengurangkan pengambilan gula sehingga 80% untuk membendung wabak diabetes yang semakin meningkat di negara ini.

 

Peralatan di Taman Permainan Bersalut Plumbum pada Paras Berbahaya – CAP

Kandungan plumbum yang tinggi ditemui pada peralatan di taman permainan awam sekitar kawasan utara Malaysia. Cat pada alat permainan yang mengandungi plumbum pada paras berbahaya mendedahkan risiko keracunan plumbum kepada kanak-kanak. Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan segera diambil bagi melarang penjualan dan penggunaan cat berplumbum terutama untuk produk yang mendedahkan kanak-kanak kepada pencemaran plumbum.

Amaran CAP ini dibuat sempena Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa yang disambut dari 20-26 Oktober dengan tumpuan diberikan ke arah menyingkirkan cat berplumbum.

Kita sekarang berdepan pandemik, batalkan pelancongan perubatan!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terkejut mendengar berita Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membenarkan pelancongan perubatan di sebalik peningkatan kes Covid-19 di Pulau Pinang dan kemunculan kluster Covid-19 baharu di negara jiran tersebut.

Menurut laporan terdapat penerbangan Air Asia yang tiba minggu lalu, membawa bersamanya pelancong perubatan dari Medan, Indonesia ke Pulau Pinang untuk rawatan. Berita ini agak ironik memandangkan Indonesia sendiri telah mengumumkan  pelancong asing dilarang masuk ke negara itu pada 2020 kerana kes-kes Covid-19 yang tinggi dan membimbangkan yang sedang mereka hadapi.

alt

alt

alt

alt

alt