Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

BAGAIMANA KERETA JADIKAN ANDA GEMUK

Andrew Prentice dari Pusat Klinikal MRC di Cambridge mengkaji PENGAMBILAN TENAGA MAKANAN dan AKTIVITI FIZIKAL di United Kingdom antara 1960 dan 1995 ketika ramai penduduk bertambah berat badan dengan cepat.

Beliau mendapati ketika tempoh itu, purata PENGAMBILAN TENAGA makanan per kapita JATUH sehingga 20%. Tetapi obesiti meningkat!

Beliau mendapati KEMALASAN menjadikan kita lebih gemuk.

Beliau juga mendapati PEMILIKAN KERETA berkembang ketika tempoh itu, daripada 3 dalam 10 isirumah pada 1961 kepada 7 dalam 10 isirumah pada 1995.

KINI ia semakin teruk. Di Pulau Pinang, bilangan KENDERAAN BERMOTOR LEBIH TINGGI BERBANDING BILANGAN PENDUDUK 1.6 juta!

KERETA MENGGEMUKKAN anda BASIKAL MENYIHATKAN anda

Untuk maklumat lanjut mengenai basikal, dapatkan buku "Basikal Bagus" di sini: http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/31

Berwaspadalah: Pandemik Covid 19 hasilkan ramai penipu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihati orang ramai agar berwaspada dengan mereka yang kemungkinan seorang penipu, terutama ketika kita sedang berdepan dengan pandemik Covid-19. Terdapat beberapa laporan kebelakangan ini mengenai penipu yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan yang sah seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) mahupun institusi kewangan dan koperasi untuk menipu wang rakyat.

Dalam kes terbaharu, syarikat pemberi wang pinjaman menghubungi pencarum KWSP dan menawarkan pinjaman ‘mudah’ sebelum mereka mencecah usia boleh mengeluarkan simpanan KWSP mereka, dan juga bagi mereka yang ingin mengeluarkan wang daripada Akaun 2. Pemberi wang pinjaman ini tidak menyebut akan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman sehingga selepas pinjaman dipersetujui dan mereka menyalahgunakan logo KWSP dan menyamar dengan mengatakan pinjaman itu memenuhi tuntutan syariah.

Menjadikan Penyokong Bolasepak Keliru dan Ketagih Adalah Tidak Beretika

Adalah amat memalukan bagi Persatuan Bolasepak Selangor, Kad Pasukan Red Giants untuk beralih kepada Vape Empire Distribution untuk penajaan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati penajaan seperti itu adalah satu tindakan sabotaj usaha kerajaan untuk mengekang ketagihan nikotina dan persoalannya ialah apa kena mengenanya campuran pelbagai bahan kimia berbahaya dalam vape dengan sukan yang sihat seperti bolasepak.

Amat memalukan bahawa Persatuan Bolasepak mula mempromosikan syarikat vape sejak 2019 untuk menunjukkan menghisap vape lebih sihat berbanding menghisap rokok konvensional sedangkan menghisap vape dikaitkan dengan penyakit paru-paru bahaya  seperti EVALI, atau ‘penggunaan e-rokok atau produk vape dikaitkan dengan kecederaan paru-paru’. Adakah ini yang Kad Pasukan Red Giants membayar kembali kepada lebih 269,000 penyokong setianya? Meskipun ia memerlukan dana untuk menjalankan persatuan, ia seharusnya dilakukan secara beretika.

Pewangi Ros

Haruman ros itu mungkin diperbuat dengan apa saja wangian daripada 3,100 stok ramuan bahan kimia industri.

Haruman moden dibuat daripada bahan kimia. Untuk menjadikan pewangi lebih murah, bauan bunga sebenar digantikan dengan haruman sintetik yang dipenuhi dengan bahan kimia, banyak daripadanya beracun kepada kesihatan.

alt

alt

alt

alt

alt