Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jauhi minuman ringan pada musim perayaan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna Malaysia supaya menjauhi daripada minuman ringan yang telah terbukti menjadi ancaman kepada kesihatan rakyat negara ini.

Bilangan minuman ringan yang diambil oleh rakyat Malaysia meningkat setiap hari. Minuman ringan mengandungi kira-kira tiga hingga 20 sudu teh gula. Menurut laporan berita baru-baru ini 1,000 minuman bertin diminum setiap minit di Malaysia.

Memandangkan keadaan cuaca yang sangat panas, minuman ringan menjadi kegemaran pengguna Malaysia yang memberikan rasa palsu bahawa dahaga hilang dengan segera. Kanak-kanak amat besar keinginan mereka terhadap minuman ringan memandangkan kepada kandungan gula yang tinggi dengan pelbagai warna yang menarik. Minuman ringan yang mudah diperolehi dengan harga yang mampu untuk dibeli menjadikan pengguna Malaysia memenuhi troli mereka dengan pelbagai jenis minuman ringan apabila mereka membeli belah. Anak-anak mereka mengambil peluang ini untuk membuat pilihan mereka terhadap minuman ringan tanpa sebarang bantahan daripada ibu bapa mereka.

Kebanyakan minuman ringan tidak mempunyai apa-apa melainkan karbonat, pewarna, asid, perisa, air manis yang membahayakan kesihatan. Walaupun demikian minuman ringan ini menjadi minuman pilihan bagi berjuta rakyat Malaysia. Ia juga menjadi sumber utama kalori tambahan yang boleh menyumbang kepada berat badan. Minuman ringan ini diawasi memandangkan sumbangannya kepada perkembangan diabetes jenis 2, penyakit jantung dan keadaan kronik lain.

Menurut beberapa saintis, gula fruktos dalam beberapa minuman ringan bertindak seperti lemak. Tidak seperti gula, yang dipecahkan oleh organ lain dalam tubuh, fruktos bergerak terus ke hati dan berkumpul sebagai lemak.

Paras fosforus yang tinggi dalam minuman ringan menghalang pertumbuhan tulang. Kajian menunjukkan bagaimana kanak-kanak yang kerap meminum soda lebih mudah terjejas kepada tulang patah, kegemukan ketika kanak-kanak dan diabetes.

Persoalan mungkin timbul dalam minda rakyat Malaysia apakah untuk dihidangkan kepada keluarga mereka jika tidak minuman ringan terutama sekali ketika musim perayaan. Seperti yang kita semua maklum, Malaysia mewarisi budaya makanan sihat yang amat banyak. Jika mereka boleh mengambil sedikit usaha untuk memulihkan semula resipi tradisional ini kita boleh mencipta minuman ringan kita sendiri yang lebih sihat dan murah. Minuman tradisional ini bukan sahaja melazatkan dan menyegarkan tetapi juga mempunyai nilai khasiat perubatan. Orang tua di rumah kita boleh memberikan panduan kepada kita berhubung perkara ini. Sedikit usaha boleh dilakukan untuk mengekalkan kesihatan kita.

Musim perayaan bermakna musim untuk meraikan kegembiraan dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kegembiraan itu kekal abadi. Menikmati kegembiraan di musim perayaan dengan minuman ringan bergula dan mengakhiri kehidupan dengan penyakit yang mengancam menafikan tujuan sebenar perayaan.

Kenyataan Akhbar - 7 September 2010

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt