Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hapuskan subsidi gula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menghentikan dengan segera subsidi harga gula.

Gula perlu dijual pada harga pasaran kerana ia bukan keperluan asas dan pengambilannya hanya membahayakan kesihatan seseorang. Gula telah dikaitkan dengan lebih 60 penyakit daripada kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoporosis dan masalah jantung hinggalah kepada asma dan alergi.

Rakyat Malaysia sudah pun mengambil secara purata 26 sudu teh gula sehari. Pengambilan berterusan minuman yang mempunyai kandungan gula tang tinggi boleh menyebabkan obesiti, salah satu faktor utama penyebab diabetes.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Peratuan Perubatan Amerika, kajian ke atas lebih daripada 90,000 wanita menyatakan bahawa peningkatan pengambilan soda dan minuman bergula mungkin meningkatkan dengan ketara peluang untuk mendapat diabetes apabila dewasa kelak.

Wabak diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 1-2% pada 1960, 6.3% pada 1985, 8.3% pada 1996 dan 14.9% pada 2006. Dengan jumlah penduduk seramai 28 juta dan pada kadar wabak 15% adalah dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 4.2 juta penghidap diabetes di Malaysia.

Dengan menjual gula pada harga pasaran, kerajaan sebenarnya boleh menjimatkan lebih daripada RM567 juta (subsidi yang dibelanjakan untuk memastikan harga gula pada harga RM2.30). ini kerana kerajaan boleh menjimatkan berjuta ringgit dalam kos penjagaan kesihatan apabila ia tidak perlu merawat penyakit berkaitan dengan gula.

Seterusnya, adalah sesuatu yang tidak wajar bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjadikan harga gula rendah manakala Kementerian Kesihatan pula terpaksa menjalankan kempen kurangkan pengambilan gula.

Kami sekali lagi ingin menggesa kerajaan supaya tidak mensubsidikan bahan yang boleh menjejaskan kesihatan kita apabila wang itu boleh dibelanjakan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat.

Surat kepada Pengarang - 31 Januari 2012

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt