Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kekebalan Antibiotik Membunuh

Menurut semakan Kerajaan UK mengenai kekebalan antimikrob pada 2014 mendapati jika dibiarkan tanpa dirawat, kekebalan kepada antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun di seluruh dunia menjelang 2050 — menelan kos sekitar $1.3 trilion.

Setiap tahun kira-kira 700,000 penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan yang kebal kepada ubat. Jangkitan ini membunuh kerana jangkitan ini tidak dapat disembuhkan.

Angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana ketiadaan sistem global untuk memantau kematian akibat jangkitan yang kebal kepada ubat.

Masalah juga muncul untuk mengesan kes kematian di tempat ia dipantau, misalnya di AS di mana berpuluh ribu kematian bukan berpunca daripada kuman kebal, menurut siasatan Reuters.

Di Britain, pada ketika ini terdapat 44,000 kes kematian akibat sepsis setiap tahun — yang kebanyakannya berpunca daripada jangkitan yang kebal kepada antibiotik.

Menurut laporan 2018 yang diterbitkan di dalam Lancet Infectious Diseases, kuman kebal telah membunuh kira-kira 33,000 orang di Eropah setiap tahun.

Data pada 2017 menunjukkan setiap tahun bakteria kebal meragut 23,000 penduduk di AS dan lebih daripada 63,000 bayi di India. Selain kematian terbabit, bakteria yang kebal kepada antibiotik menyebabkan berjuta orang jatuh sakit — 2 juta setahun cuma di AS sahaja.

Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) —  yang menasihati  WHO mengenai inisiatif  kesihatan awam — berjuta orang di Eropah, Amerika Utara dan Australia akan mati akibat jangkitan kuman kebal kecuali negara-negara mengutamakan usaha melawan ancaman semakin besar yang didedahkan oleh bakteria yang lali kepada kebanyakan ubat yang diketahui.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, salah seorang daripada kita akan dimasukkan ke hospital dalam tempoh 20 tahun akan datang bagi menjalani pembedahan kecil dan mati akibat jangkitan biasa yang tidak boleh diubati dengan antibiotik.” — Ketua Pegawai Perubatan England, Dame Sally Davies

“Kita sedang menuju ke era pasca antibiotik, di mana banyak jangkitan biasa tidak lagi mempunyai pengubatnya dan [akan] sekali lagi membunuh tanpa belas ehsan” — WHO

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt