Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kekebalan Antibiotik Jejas Rawatan Kanser

Jika kekebalan antibiotik berterusan – bagi pesakit kanser, ini mungkin bermakna kadar kematian yang lebih tinggi, lebih sukar dan lebih mahal rawatannya serta banyak kesan sampingan. Banyak pilihan rawatan akan lenyap.

Bakteria kebal antibiotik dengan itu akan menyebabkan rawatan kanser kembali selama beberapa dekad, manakala insiden kes kanser akan berterusan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Sisa antibiotik dalam daging

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa pada 2017 kira-kira 80% antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang. Lebih banyak antibiotik digunakan pada haiwan berbanding manusia.

Antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang sebagai mencepatkan pembesarannya, untuk mencegah wabak penyakit dan untuk merawat haiwan yang sakit.

Kekebalan Antibiotik Membunuh

Menurut semakan Kerajaan UK mengenai kekebalan antimikrob pada 2014 mendapati jika dibiarkan tanpa dirawat, kekebalan kepada antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun di seluruh dunia menjelang 2050 — menelan kos sekitar $1.3 trilion.

Setiap tahun kira-kira 700,000 penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan yang kebal kepada ubat. Jangkitan ini membunuh kerana jangkitan ini tidak dapat disembuhkan.

Kempen Kurangkan Gula Tersebar ke Sri Lanka

Pada 22 Februari lalu, CAP telah menerima kunjungan seorang tetamu istimewa dan unik dari Sri Lanka, Encik Channa De Silva. Beliau telah menterjemah dan menerbitkan semula buku panduan terbitan CAP, How Sugar Destroys Your Health, ke dalam Bahasa Sinhala dan Bahasa Inggeris serta mengedarkan 50,000 naskhah buku itu secara percuma kepada pengguna Sri Lanka. Encik Channa adalah mantan Ketua Pengarah Suruhanjaya Sekuriti dan Pasaran Sri Lanka dan merupakan lulusan Universiti Melbourne dan Harvard. Ayah mertuanya, Dr A. T. Ariyaratne, merupakan pengasas Sarvodaya di Sri Lanka, satu gerakan sosial berdasarkan ajaran Buddha dan Gandhi, dan pernah bertugas di 10 ribu kampung di negara tersebut.

Penduduk Malaysia perlu kurangi gula sehingga 80%

alt

14 November adalah Hari Diabetes Sedunia. Sehubungan ini Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan para pengguna supaya mengurangkan pengambilan gula sehingga 80% untuk membendung wabak diabetes yang semakin meningkat di negara ini.

 

Tangani obesiti untuk membendung diabetes

Diabetes telah menjadi satu wabak penyakit yang menimbulkan kebimbangan di seluruh dunia sehingga mendorong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) mengisytiharkan 14 November sebagai Hari Diabetes Sedunia.

Di Malaysia, di sebalik pelbagai usaha dan kempen diadakan untuk memberi kesedaran terhadap penyakit ini, peningkatan kes-kes diabetes, terutama diabetes Jenis 2, telah menjadi wabak yang berleluasa. Kini dengan kepadatan penduduk kira-kira 28 juta dan pada kadar kelaziman 15%, adalah dianggarkan terdapat 4.2 juta penghidap diabetes di Malaysia.

alt

alt

alt

alt

alt