Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Hentikan menghambur wang rakyat untuk memuaskan perokok

Kerajaan tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan perokok yang mendesak agar satu ruang disediakan untuk mereka merokok. Keutamaan sepatutnya diberikan kepada golongan bukan perokok yang sama-sama membayar cukai pendapatan.

Perbelanjaan untuk membina zon merokok adalah bagi kemudahan 22.8 peratus penduduk yang merokok. Sementara golongan yang menyokong hak perokok menggesa agar hak mereka dihormati, mereka cuma berdiam diri mengenai hak bukan perokok yang terpaksa menghidu asap rokok yang beracun.

Merokok dan Vape: Satu perkara yang sangat membahayakan

Baru-baru ini Ahli Parlimen, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggantung sementara pengharaman merokok di tempat makan terbuka pada 1 Januari 2020 “sehingga peraturan yang lebih sempurna dilaksanakan untuk industri vape”.

Gesaannya tidak masuk akal. Pengharaman merokok dan vape di tempat makan termasuk di tempat terbuka tidak terlepas daripada penggubalan peraturan bagi vape.

Haramkan Semua Rokok Elektronik dan Peralatan Vape

Terdapat tiga kes yang disyaki penyakit berkaitan vape yang dilaporkan di Malaysia baru-baru ini dan ia sepatutnya menjadi satu amaran kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan semua rokok elektronik dan peralatan vape. Kerajaan tidak sepatutnya melibatkan industri tembakau dalam sebarang perbincangan dasar kawalan tembakau kerana industri tembakau diketahui mencampuri pengubalan dasar kawalan tembakau.

Sementara Malaysia mengekalkan “tiada penyertaan langsung industri tembakau dalam pembangunan dasar”, terdapat tanda bahawa kerajaan menerima dasar pro industri tembakau.

Pengharaman Krim Muka yang Berbahaya Tidak Berkesan – CAP

Sudah berulangkali kita mendengar pihak berkuasa mengharamkan krim muka kerana ia diketahui mengandungi bahan-bahan yang berbahaya, misalnya merkuri. Namun pengharaman itu seolah-olah tidak berkesan memandangkan krim muka yang mengandungi merkuri masih beredar di pasaran.

Rakyat Malaysia Sangat Memerlukan Udara Bersih

Pada Mac tahun ini, kira-kira 2,775 orang jatuh sakit akibat pendedahan kepada wasap toksik di Pasir Gudang. Mereka mengalami kesukaran bernafas, sakit dada dan muntah. 200 orang termasuk kanak-kanak sekolah dimasukkan ke hospital, 111 sekolah ditutup sementara.

Pegawai Bomba dan Penyelamat mengenal pasti sekurang-kurangnya 15 jenis bahan kimia berbeza termasuk sianida hidrogen beracun dan tidak berwarna terdapat dalam wasap. Kerajaan Johor terpaksa menanggung belanja pembersihan yang melebihi RM6 juta.

Haramkan plumbum dalam produk untuk membendung keracunannya – CAP

Plumbum merupakan bahan toksik kumulatif yang boleh menjejaskan pelbagai sistem dalam tubuh. Ia khususnya beracun kepada kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang terdedah kepadanya. Di antara beberapa kesan akibat pendedahan kepada bahan ini termasuklah kesukaran untuk belajar, semakin enggan bergaul dengan orang lain, kesuburan menurun dan meningkatkan risiko masalah ginjal serta penyakit kardiovaskular di kemudian hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengiktiraf 22-28 Oktober 2017 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa. Tumpuan utamanya ialah peranan pendedahan kepada plumbum dalam perkembangan ketidakupayaan intelek kanak-kanak.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt