Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Malaysia perlu laksanakan pembungkusan kosong untuk kotak rokok sebelum akhir tahun

Sejak Disember 2012, Australia menjadi negara pertama di dunia sejak suku akhir 2012 yang mengarahkan semua produk tembakau dijual dalam bungkusan kosong untuk kotak rokok tanpa sebarang bentuk jenama seperti warna, imej, logo korporat dan tanda perniagaan. Walaupun ia pertama kali dicadangkan di New Zealand pada 1989 dan kemudiannya di beberapa negara, pihak berkenaan teragak-agak mengenai cadangan kotak rokok kosong itu sehinggalah Australia mengambil langkah pertama. Sikap teragak-agak ini berikutan cabaran besar dan ancaman terbuka yang dibuat oleh syarikat tembakau terhadap kerajaan.

Kerajaan mesti tolak kenaikan cukai sederhana

Merujuk kepada laporan berita Tobacco players ask for moderation in tax hike (7 Ogos 2012), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menolak permintaan industri tembakau untuk mengenakan cukai tembakau ‘sederhana’ dalam belanjawan 2013 akan datang.

Kerajaan mesti memberikan keutamaan kepada melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca), terdapat hampir 6 juta kematian berkaitan merokok di seluruh dunia pada tahun lalu, 10% daripadanya adalah di negara ASEAN.1

CAP puji kenyataan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji Kerajaan Malaysia dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai terhadap kebimbangan mereka berhubung potensi kesan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ke atas kesihatan awam di Malaysia.   

Menurut The Sun Daily (6 Ogos 2012), Liow menegaskan Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan harta intelektual (IP) dalam rundingan TPPA antara Malaysia dan lapan negara lain di Asia Pasifik untuk melanjutkan perlindungan paten untuk farmaseutikal kerana ia tidak adil untuk mengurangkan kemampuan Malaysia bagi mendapatkan rawatan perubatan yang mampu.

Barangan perubatan hospital kerajaan perlu diaudit dengan sempurna

Adakah longgokan barangan perubatan yang tidak digunakan di Hospital Pulau Pinang baru-baru ini merupakan sebahagian kecil masalah kepada masalah yang lebih besar berkaitan dengan kelemahan penyeliaan terhadap perolehan, penggunaan dan pelupusan di hospital kerajaan?

Hapuskan subsidi gula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menghentikan dengan segera subsidi harga gula.

Gula perlu dijual pada harga pasaran kerana ia bukan keperluan asas dan pengambilannya hanya membahayakan kesihatan seseorang. Gula telah dikaitkan dengan lebih 60 penyakit daripada kanser, diabetes, obesiti, masalah jantung, osteoporosis dan masalah jantung hinggalah kepada asma dan alergi.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt