Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kerajaan mesti tolak kenaikan cukai sederhana

Merujuk kepada laporan berita Tobacco players ask for moderation in tax hike (7 Ogos 2012), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menolak permintaan industri tembakau untuk mengenakan cukai tembakau ‘sederhana’ dalam belanjawan 2013 akan datang.

Kerajaan mesti memberikan keutamaan kepada melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat. Menurut Southeast Asia Tobacco Control Alliance (Seatca), terdapat hampir 6 juta kematian berkaitan merokok di seluruh dunia pada tahun lalu, 10% daripadanya adalah di negara ASEAN.1

Dengan perangkaan yang amat mengejutkan itu, kerajaan perlu dengan segera meningkatkan cukai tembakau daripada memenuhi saranan Persekutuan Pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM). CMTM berkata cukai berlebihan “akan menyebabkan kejutan harga yang ketara kepada pengguna” memaksa perokok beralih kepada rokok haram yang murah.

Lihat Singapura sebagai contoh; harga sekotak 20 batang rokok RM26 dan kadar merokok di kalangan penduduk dewasa ialah 14 peratus dan di kalangan mereka yang berusia 13 dan 15 tahun ialah 8 peratus bagi lelaki dan 5 peratus bagi perempuan. Ini bertentangan sekali dengan Malaysia yang menetapkan harga minimum rokok sekotak 20 batang ialah RM7. Kelaziman merokok di kalangan orang dewasa ialah 23 peratus manakala mereka yang berusia antara 13 dan 15 tahun ialah 30.9 peratus bagi lelaki dan 5.3 peratus bagi perempuan.

Ini jelas menunjukkan “kejutan harga yang ketara” berkesan terhadap kepentingan pengguna dan kesihatan mereka.

Dalam melindungi kesihatan awam, kerajaan perlu menyampaikan “kejutan harga yang ketara” (menurut kata-kata CMTM) kepada 4.4 juta perokok Malaysia kerana tanpanya kerajaan terpaksa bergelut untuk menangani wabak merokok.2 Inilah yang menjadi asas bagi cadangan CAP iaitu harga rokok mestilah sekurang-kurangnya RM30 sekotak rokok berisi 20 batang.

Kita perlu sedar bahawa rokok bukanlah barangan keperluan utama pengguna dan antara alasan utama kenapa ia perlu diharamkan ialah kerana: Rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia, kebanyakannya sama ada toksik atau karsinogenik; asap rokok juga boleh membunuh bukan perokok dengan cara yang sama bahan kimia ini lakukan kepada perokok; dan kerajaan dan keluarga mangsa terpaksa menanggung kos perubatan yang tinggi untuk merawat penyakit berkaitan merokok, contohnya rawatan kanser dan penyakit kardiovaskular.

Nikotina amat menagihkan, lima hingga 10 kali ganda lebih menagihkan berbanding kokain atau heroin. Pada hakikatnya, pihak industri merujuk kepada rokok sebagai “alat penyampaian”.3  Perokok mengalami simptom penarikan apabila mereka tidak merokok. Jika nikotina begitu menagihkan, kenapa kerajaan melayan kerenah pemain industri tetapi bertindak tegas terhadap penyeludup dadah lain?  Tambahan pula, seseorang itu memerlukan preskripsi doktor untuk ubat batuk berasaskan codeine tetapi anda tidak memerlukan preskripsi untuk membeli rokok. Sesungguhnya ia sesuatu yang pelik.

Peningkatan harga rokok secara drastik melalui cukai berlebihan juga menghalang golongan belia dan miskin daripada menghisap rokok. Mereka merupakan kumpulan yang paling mudah terjejas tetapi mereka adalah yang paling sensitif kepada kenaikan harga. Tambahan lagi, Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (FCTC) menasihatkan kenaikan cukai yang banyak.

Harga rokok yang tinggi akan membantu menghalang bakal perokok, kerajaan mampu untuk menggunakan hasil daripada cukai tembakau untuk membiayai program antitembakau dan merawat pesakit yang menghidap penyakit berkaitan dengan merokok.

Di samping meningkatkan harga rokok, kerajaan perlu mempertimbangkan dengan serius hukuman penjara mandatori dan merampas harta dan mereka yang terlibat dalam perdagangan haram termasuk peruncit. Perokok yang ditangkap memiliki rokok seperti itu perlu dikenakan hukuman berat.

Melesenkan peruncit merupakan satu cara untuk mengawal penjualan rokok dan mereka yang ditangkap menjual rokok haram perlu disenaraihitam dan haramkan daripada menjual rokok.

Alasan kenapa perkara itu dilakukan adalah kerana rokok yang diseludup sering tercemar dengan logam berat, najis haiwan dan kotoran. Ini menambah lagi risiko kesihatan ke atas perokok di samping ia adalah haram dan oleh sebab itu perokok ini tidak harus dikecualikan daripada hukuman berat oleh undang-undang kerana mereka mendedahkan diri mereka sendiri dan asap rokok yang membahayakan mereka. Jika mereka mendapat penyakit berkaitan merokok, negara akan mengalami kerugian dalam bentuk jam bekerja dan juga rawatan.

CMTM menjelaskan bahawa kerajaan kerugian kira-kira RM2 bilion setahun dalam hasil eksais tembakau daripada aktiviti penyeludupan. Bagaimanapun, kerajaan boleh memperolehi lebih lagi jika peningkatan cukai tembakau dan merampas harta dan aset mereka yang terlibat dalam perdagangan haram. Kesihatan dan kesejahteraan rakyat tidak ternilai.

Kerajaan perlu mematuhi berhubung perkara ini kerana negara ini merupakan salah sebuah ahli Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2005.

Surat kepada Pengarang - 15 Ogos 2012

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt