Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pencegahan 2019-nCoV Perlukan Pendekatan Drastik

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengharamkan pengunjung dari kawasan terjejas daripada memasuki Malaysia untuk mengurangkan risiko 2019-nCoV, juga dikenali sebagai jangkitan coronavirus Wuhan dan melaksanakan pemeriksaan kesihatan yang lebih ketat.

 

Adalah sesuatu yang salah untuk mengandaikan bahawa ia mungkin boleh mengenal pasti kes yang disyaki dengan menjalankan pemeriksaan di terminal pengangkutan kerana ia pendekatan yang tidak terjamin.

 

Alasannya ialah kenapa kerana tidak seperti SARS atau Ebola, seseorang yang dijangkiti dengan 2019-nCoV menyebarkan coronavirus sebelum simptomnya muncul dan tanpa mengetahuinya. Alasan lain ialah seseorang itu mungkin mengurangkan demamnya dengan beberapa ubat antidemam. Bagaimanapun juga seseorang itu tidak dapat dikenal pasti bagi tujuan pengasingan. Mereka akan kekal menjadi penular selagi simptomnya ada.

Kita juga perlu melihat bagi kes di mana seseorang itu yang dijangkiti 2019-nCoV memilih untuk menggunakan ubatan tradisional dan kes ini terlepas daripada pemantauan perubatan. Situasi seperti ini memudahkan penyebaran wabak.

Adalah meyakinkan bahawa udara dalam kabin kapal terbang beredar kembali dengan cekap, melalui penapis zarah udara yang cekap (HEPA) daripada jenis yang digunakan di dewan pembedahan hospital dan unit rawatan rapi untuk memerangkap partikel debu, bakteria, kulat dan virus. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyatakan bahawa “penyebaran jangkitan mungkin berlaku antara penumpang yang duduk di kawasan sama dalam kapal terbang, biasanya hasil individu yang dijangkiti yang batuk atau bersin atau sentuhan (sentuhan langsung atau sentuhan dengan bahagian yang sama kabin kapal terbang dan peralatan yang disentuh penumbang lain)”. Jelas sekali, situasi akan menjadi lebih buruk jika mereka yang dijangkiti bergerak melalui bas di mana udara tidak ditapis atau beredar kembali dengan cekap.

Sistem pengangkutan yang cekap membantu menyebarkan penyakit dengan lebih cepat daripada yang diinginkan. Seseorang yang bergerak dari China ke Kuala Lumpur melalui udara contohnya akan mengambil masa kira-kira enam jam. Masa perjalanan yang singkat seperti itu membolehkan seseorang yang dijangkiti menyebarkan 2019-nCov apabila mereka berada di terminal lapangan terbang. Mereka yang lain yang dijangkiti mungkin mengambil penerbangan ke negara yang berbeza dengan demikian menjadikan sekatan di Hubei tidak berkesan untuk mencegah wabak global ini.

Kes pertama 2019-nCoV dilaporkan pertama kali pada 31 Disember 2019 dan sekatan ke atas Wuhan dibuat pada 23 Januari 2020. Memandangkan kedinamikan penduduk di tempat itu, tempoh masa yang panjang itu membolehkan mereka bergerak keluar dan masuk Wuhan atau malah bergerak ke luar negara.

Ketika wabak selesema 1918 atau dikenali sebagai Selesema Sepanyol berlaku, ia menjangkiti kira-kira 500 juta orang di seluruh dunia, membunuh antara 50 juta dan 100 juta orang yang mengejutkan dunia. Ia berlaku ketika penduduk dunia ialah seramai kira-kira 1.8 bilion dan pengangkutan tidak secekap pada hari ini. Meskipun demikian, Selesema Sepanyol membunuh dengan anggaran tiga hingga lima peratus daripada seluruh penduduk dunia.

Kini penduduk dunia dianggarkan 7.8 bilion atau 4.3 kali daripada 1918, kebanyakannya tinggal di kawasan perbandaran. Perbandaran yang padat penduduk atau kota raya memudahkan penyebaran penyakit yang berpunca daripada virus seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS), virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan terbaharu jangkitan coronavirus Wuhan.

Kami menggesa rakyat Malaysia mengambil perkara ini sebagai satu pengajaran bagi rakyat Malaysia supaya berhenti daripada memakan daging hidupan liar, memelihara haiwan peliharaan eksotik. Pertambahan penduduk menyebabkan manusia mengganggu dengan lebih dekat vektor dan hidupan liar, menyebabkan risiko penyebaran penyakit zoonotik. Kerajaan juga perlu memastikan stok logistik perubatan agar mampu untuk menangani wabak 2019-nCoV ini.

 

Kenyataan Akhbar, 29 Januari 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt