Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bentuk Piawaian untuk Plumbum dalam Cat – CAP

CAP gesa peraturan bagi plumbum dalam cat.

Sempena Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaan kepada kerajaan Malaysia agar menyingkirkan plumbum dalam cat dengan mengadakan peraturan untuknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperakui 25-31 Oktober 2020 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa dalam usaha meningkatkan kesedaran dan menggalakkan tindakan untuk mengetengahkan kesan pendedahan plumbum ke atas kesihatan, terutama ke atas kanak-kanak, wanita hamil dan pekerja.

Malaysia Tidak Bersedia Untuk Masyarakat Berusia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengutamakan keperluan penduduk negara yang semakin berusia sebagai ganti menggalakkan pembinaan perkampungan pesaraan yang hanya melayani segelintir daripada masyarakat.

Kami menggesa kerajaan supaya menerima pakai reka bentuk sejagat (Universal Design), rangka kerja bagi reka bentuk kehidupan dan ruang pekerjaan, dan produk bagi manfaat orang ramai seberapa luas yang boleh untuk digunakan dalam situasi jangkauan yang meluas tanpa reka bentuk khas atau berasingan. Contoh mudah ialah penerapan reka bentuk sejagat dalam pembinaan tanjakan pada bangunan yang boleh digunakan oleh kebanyakan orang pada semua peringkat usia, keadaan kesihatan dan bagi pelbagai kegunaan.

KAFEIN ditambah dalam minuman untuk KETAGIHAN

Industri minuman ringan sering mendakwa mereka hanya menambah kafein ke dalam minuman untuk menambah rasanya. Bagaimanapun, Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins menunjukkan kafein tidak dapat dikesan sebagai perisa. Kajian itu menyokong tanggapan bahawa kafein ditambah ke dalam minuman ringan dan tenaga untuk menagihkan peminumnya.

Garam Berlebihan dalam Roti

Roti menjadi menyumbang utama natrium (sodium) dalam makanan di Amerika dan beberapa negara lain di seluruh dunia. Ini berdasarkan analisis terbaharu dari World Action on Salt and Health, beribu pejabat di Queen Mary University, London.

Penyelidik menganalisis kandungan garam dalam 2,000 roti yang dijual di 32 negara dan wilayah. Lebih sepertiga roti tersebut didapati melebihi sasaran garam maksimum bagi roti yang ditetapkan oleh kerajaan UK.

Bahaya Jika Bermalas-malasan

Kurang bergerak atau gemar duduk-duduk sahaja lama kelamaan akan menaikkan berat badan. Amalan berkereta untuk ke mana-mana membantu kita KURANG BERGERAK SECARA FIZIKAL. Graf di bawah jelas menunjukkan negara yang menggunakan lebih banyak petrol mempunyai penduduk yang lebih gemuk.

Kita sekarang berdepan pandemik, batalkan pelancongan perubatan!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) agak terkejut mendengar berita Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membenarkan pelancongan perubatan di sebalik peningkatan kes Covid-19 di Pulau Pinang dan kemunculan kluster Covid-19 baharu di negara jiran tersebut.

Menurut laporan terdapat penerbangan Air Asia yang tiba minggu lalu, membawa bersamanya pelancong perubatan dari Medan, Indonesia ke Pulau Pinang untuk rawatan. Berita ini agak ironik memandangkan Indonesia sendiri telah mengumumkan  pelancong asing dilarang masuk ke negara itu pada 2020 kerana kes-kes Covid-19 yang tinggi dan membimbangkan yang sedang mereka hadapi.

alt

alt

alt

alt

alt