Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Penyakit mental dalam kalangan kanak-kanak perlu ditangani segera

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 1996 mendapati wabak morbiditi psikiatrik dalam kalangan kanak-kanak antara usia 5 – 15 tahun pada peratusan yang tinggi iaitu 13%.

Pada masa hasil kajian pertama kali dijadualkan, Kementerian Kesihatan sudahpun memandang perkara ini sebagai masalah kesihatan awam. Pada 2004, telah diumumkan bahawa Kementerian Kesihatan akan memberikan perhatian yang lebih kepada kesihatan mental.

Bagaimanapun, kami mendapati daripada Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ketiga 2006 yang dijalankan 10 tahun selepas Kajian Kedua – wabak morbiditi psikiatrik dalam kalangan kanak-kanak dan remaja telah meningkat kepada 20.3%. Ini bermakna peningkatan lebih 7%.

Di bawah bahagian saranan daripada laporan kajian terbaru, Kementerian Kesihatan pertama sekali mencadangkan kajian lanjut dijalankan sebagai susulan untuk menentukan penyebab wabak morbiditi psikiatrik yang tinggi itu dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, dan perkara ini dianggap menjadi keutamaan yang tinggi oleh agensi berkaitan.

Pada 2004, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telahpun menyuarakan kebimbangan dan berharap apabila pihak berkenaan cuba untuk menangani masalah kesihatan mental ini, punca sebenar boleh dikenal pasti dengan tepat, dan dengan itu ditangani dengan sewajarnya. Jika tidak, tindakan yang tidak sepatutnya diambil, maka ia akan menambahkan lagi statistik yang akan terus meningkat.       

Kenapakah penyelidikan lengkap terhadap diagnosis dan penyebab disarankan beberapa tahun kemudian, apabila loceng amaran sudahpun berbunyi dan tindakan serius diambil 12 tahun lalu, selepas kajian awal dijalankan pada 1996? Berapa lamakah bagi kajian lengkap dan bilakah tindakan utama akan diambil?

Bagaimana pula dengan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)? Tidak terdapatkah kajian dalam tempoh sementara sewaktu dua kajian yang boleh digunakan untuk menggubal dasar yang lebih sesuai dan berkesan bertujuan untuk menghentikan peningkatan masalah mental kanak-kanak? Kajian ke atas kesihatan mental yang telahpun dijalankan oleh IMR, universiti awam dan institusi penyelidikan lain boleh disebarkan secara meluas dan digunakan dengan sewajarnya.

Kenapakah tiada kemaskini yang tetap terhadap situasi ini dan alas an bagi kemerosotan keadaan ini dalam tempoh beberapa tahun lalu, di mana seluruh negara boleh digerakkan dan bekerjasama dalam membantu melaksanakan langkah yang berkesan?

Kanak-kanak memulakan kehidupan mereka dengan segala potensi yang menakjubkan. Adalah sesuatu yang memalukan apabila potensi ini lumpuh akibat masalah mental, pada usia awal. Dalam ketiadaan kajian tempatan, kajian di luar negara banyak dijalankan, yang sudahpun diteliti dan dilaporkan di dalam jurnal yang berwibawa, boleh dikenal pasti dan digunakan sebagai rujukan untuk tindakan segera.

Sebagai contoh, kajian di luar negara sebelum ini menunjukkan kanak-kanak yang menghabiskan tempoh masa yang panjang di pusat jagaan harian cenderung menjadi pembuli agresif menjelang usia empat tahun. Mereka juga didapati takut, malu dan sedih berbanding kanak-kanak lain. Sudah tentu salah satu alasan bagi kesihatan mental yang semakin merosot dalam kalangan kanak-kanak Malaysia ialah pada hakikat bahawa ibu bapa kini menyerahkan penjagaan anak-anak mereka kepada pengasuh di luar rumah.

Bukti daripada kajian di luar negara juga menunjukkan penjagaan harian di pusat asuhan, bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun, boleh membawa kepada peningkatan insiden tingkah laku antisosial dan agresif. Kesan ini menjadi bukti malah dalam kalangan kanak-kanak yang berada di pusat jagaan harian dengan tempoh masa hanya 12 jam seminggu. Satu dasar yang baik diperlukan bagi memudahkan ibu-ibu menjaga anak-anak mereka di rumah, sekurang-kurangnya dalam tempoh pembesaran kanak-kanak itu.

Tekanan yang berkaitan dengan faktor seperti kemiskinan, ibu bapa yang tidak mengambil berat terhadap jagaan anak-anak, keadaan fizikal tempat tinggal yang teruk, buli, pendedahan kepada keganasan domestik, penderaan seksual, penceraian dalam keluarga, kematian ibu bapa, diskriminasi dan kesukaran lain, semuanya ini dikaitkan dengan masalah kesihatan mental. Masalah ini amat serius dan boleh ditangani dengan segera dan berkesan tanapa menunggu hasil kajian tempatan.

Tekanan dari sekolah juga boleh menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak terutama sekali bagi mereka yang lemah. Telah banyak diperkatakan mengenai keadaan pendidikan di negara  ini, dan Kementerian Kesihatan boleh menggesa perubahan yang sewajarnya terhadap sistem persekolahan secepat mungkin. Guru-guru yang mengajar tadika dan darjah satu perlu dipilih dengan teliti. Ini adalah titik mula bagi kanak-kanak yang memasuki persekolahan secara rasmi, dan seperti biasa keadaan ini boleh menjadi satu keadaan yang trauma bagi kanak-kanak. Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila guru kurang memahami dan ini akan memberikan kesan sampingan terhadap seluruh pendekatan terhadap pendidikan kanak-kanak itu.

Kesan pendedahan berlebihan terhadap bahan toksik dalam alam sekitar seperti logam berat, plumbum, boleh juga menjadi masalah seperti sindrom kurang tumpuan atau hiperaktif. Kanak-kanak kadangkala dilayan dengan ubat yang kuat bagi keadaan ini, sedangkan apa yang diperlukan mungkin dengan mengenalpasti dan menghapuskan penyebabnya.

Malah pendedahan terhadap televisyen sebelum usia dua tahun telah dikaitkan dengan menyebabkan gejala seperti kurang tumpuan. Keadaan ini berlaku kerana gerakan pada siaran yang begitu cepat tidak membenarkan kanak-kanak untuk memberikan tumpuan yang sempurna.

Rakyat mengharapkan Kementerian Kesihatan menjadi peneraju utama dalam bidang kesihatan terutama sekali dalam menangani kecenderungan morbiditi yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja kita.

Kenyataan Media

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt