Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Lindungi Anak Kita Daripada ‘Wabak Tersembunyi’

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan pendedahan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendedahkan bahawa kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Menurut NHMS, krisis kesihatan mental yang semakin meningkat itu sebagai ‘wabak tersembunyi’.

Kami merasa amat bimbang kerana kanak-kanak yang menderita masalah ini mewakili 9.5 peratus daripada mereka yang berusia antara lima dan 15 tahun, sejumlah besar daripada mereka itu adalah daripada penduduk luar bandar (8.8 peratus) dan isirumah Bawah 40 (B40) (9.2 peratus).

Kanak-kanak yang menderita daripada isirumah B40 cenderung dinafikan daripada menerima rawatan yang sempurna disebabkan ibu bapa mereka yang tidak tahu mengenai isu kesihatan mental, bimbangkan mengenai kos rawatan yang tinggi dan sering terlalu sibuk dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup mereka.

Pada hakikatnya, kira-kira 60 peratus daripada rakyat Malaysia yang mengalami gangguan mental tidak pernah mendapatkan bantuan daripada profesional kesihatan. Kami menggesa rakyat Malaysia berempati dengan mereka yang mengalami gangguan mental memandangkan mereka sering dicela, didiskriminasi dan diabaikan.

Kami menggesa ibu bapa untuk mengelakkan daripada memberikan telefon bimbit dan peranti elektronik kepada anak-anak mereka untuk bermain kerana ini akan menjauhkan mereka daripada berinteraksi untuk bersosial dengan rakan sebaya mereka. Hampir 43% daripada kanak-kanak kekurangan kemampuan untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka yang merupakan sebahagian besar daripada masalah kesihatan mental mereka.

Tinjauan menunjukkan faktor utama lain ialah gangguan kelakuan (15.9 peratus), masalah emosi (8.3 peratus), dan hiperaktiviti (2.3 peratus).

Daripada kekurangan interaksi dengan orang lain, kanak-kanak juga mungkin mengalami gangguan kelakuan akibat daripada kekurangan dalam kemahiran memproses maklumat sosial atau isyarat sosial untuk mengekalkan kelakuan yang sewajarnya dalam persekitaran sosial. Membesar dalam keluarga yang bermasalah juga boleh menjadi satu lagi faktor penyumbang.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa 8.8 peratus kanak-kanak yang mengalami masalah mental tinggal di luar bandar, 8.4 peratus adalah kanak-kanak perempuan, 9.5 peratus berusia antara 10 dan 15, dan 9.2 peratus daripada kumpulan berpendapatan Bawah 40 (B40).

Harapan ibu bapa akan kecemerlangan akademik dan faktor tekanan di sekolah menyumbang kepada kesihatan mental anak-anak mereka. Tinjauan NHMS 2019 menunjukkan peningkatan kecenderungan untuk membunuh diri dalam kalangan belia berusia antara 13 hingga 17 tahun. Pada 2017, kira-kira 10 peratus daripada belia mempunyai pemikiran untuk membunuh diri berbanding dengan 7.9 peratus pada 2012. Oleh itu, kami menggesa ibu bapa untuk tidak meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas anak-anak mereka dalam pelajaran tetapi memastikan keseimbangan antara gaya hidup sihat dan belajar.

Kami merayu kepada kerajaan supaya menganjurkan ceramah mengenai kesihatan mental di seluruh negara memandangkan pengetahuan yang menjadi subjek pantang larang ini amat penting dalam membantu ibu bapa untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran awal dan gejala gangguan mental. Pengetahuan seperti ini amat membantu ibu bapa untuk mendapatkan bantuan profesional dalam menyediakan campur tangan awal.

Kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil yang berkaitan dengan isu penjagaan kesihatan perlu menyediakan kaunseling kesihatan mental di masjid, gereja, kuil dan balai rakyat. Pihak sekolah dan industri juga perlu menyediakan kaunseling kesihatan mental.

Kajian mestilah dijalankan untuk mengenal pasti penyebab masalah kesihatan mental, terutamanya di kawasan luar bandar di mana insidennya amat tinggi.

 

Kenyataan Akhbar, 19 Jun 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt