Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kenapa kejayaan mendapat 5A tidak patut dirai

Musim pengumuman keputusan peperiksaan pada setiap tahun kini kembali lagi dan seperti biasa negara meraikan pencapaian pelajar-pelajar paling cemerlang tanpa menyedari yang keasyikan rakyat Malaysia dengan “pencapaian cemerlang” dalam peperiksaan sekolah ini tidak memberikan sebarang kelebihan.

Bagi pelajar yang cemerlang itu sendiri, ia menerapkan tanggapan bahawa mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran adalah segala-galanya dalam kehidupan di sekolah. Aktiviti ko-kurikulum dan bergaul dengan rakan, yang begitu penting dalam mengembangkan kemahiran sosial kanak-kanak, mungkin diabaikan. Tambahan pula, tekanan bagi memastikan mendapat markah tertinggi terbukti amat membebankan dan jika pelajar kurang cemerlang dalam peperiksaan seterusnya, ia mungkin memberikan kesan sampingan ke atas kesihatan emosi mereka dan kadangkala boleh mengakibatkan kemurungan malah membunuh diri.

Bagi mereka yang tidak mendapat markah cemerlang pula mungkin merasakan mereka terbiar dan terpinggir di dalam suasana yang mengagungkan markah yang baik dan berakhir dengan perasaan rendah diri dan hilang keyakinan diri.

Budaya peperiksaan mendedahkan pergantungan kepada pembelajaran yang tidak kritikal dengan cara menghafal yang tidak membantu menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam jangka panjang. Banyak telah terbukti mereka yang terkemuka di bidang perniagaan, seni dan sains seperti Albert Einstein, James Cameron dan Steves Jobs adalah pelajar yang tercicir. Sistem pendidikan berasaskan peperiksaan boleh menyekat kreativiti, pemikiran kritikal dan asli seperti pemikiran yang berbeza yang memberikan pelbagai jawapan.

Ini bukan bermaksud untuk meraikan pelajar yang kurang baik pencapaian mereka; sebaliknya kita perlu selalu berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan berusaha ke arah pencapaian yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, kita juga perlu mengenal pasti pencapaian yang datangnya dalam bentuk yang banyak, bukan sekadar barisan ‘A’ pada kertas salinan keputusan peperiksaan. Sesetengah pelajar mungkin kurang dari segi akademiknya, manakala yang lain baik dalam kerja pertukangan tangan, mempunyai kemampuan seni, menjadi orang biasa dan berbagai lagi. Walaupun kemahiran hidup ini tidak menjadi ciri dalam peperiksaan kita, ia lebih penting berbanding kemahiran akademik kerana dunia pekerjaan menuntut komunikasi, perhubungan antara manusia, kepimpinan dan kualiti lain, lebih daripada kemahiran teknikal.

Kita perlu memikirkan semula keutamaan kita mengikut kepentingan. Daripada menekankan semua ‘A’, marilah kita bekerja ke arah sistem pendidikan yang memupuk individu serba boleh dan menawarkan setiap pelajar peluang terbaik untuk mereka, yang boleh menjadi sesuatu yang benar-benar boleh dibanggakan.

Meraikan pencapaian akademik melalui laporan media perlu dihentikan  kerana ia menguatkan lagi keasyikan kita kepada pencapaian akademik. Kita melahirkan pelajar yang kurang lengkap, yang mengetahui banyak perkara mengenai peperiksaan tetapi kekurangan kemahiran hidup sebenar yang lain.      

Surat kepada Pengarang - 27 November 2012

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt