Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

DIREKA UNTUK MENJADIKAN KANAK-KANAK OBES: Pameran di Kaunter Keluar

Kenapa pameran di kaunter keluar sering menjual gula-gula, coklat, manisan, dan lain-lain snek tidak sihat? Dan sering diletak atas rak pada paras mata kanak-kanak?

Kajian yang dibiayai oleh kerajaan United Kingdom (UK) menunjukkan bahawa 76% kurang pembelian gula-gula dan manisan dibeli dari pasar raya yang tidak mempamerkannya di kaunter keluar berbanding dengan yang berbuat demikian.

Pameran di kaunter keluar menggoda kanak-kanak untuk mengambil barangan ini dan dimasukkan ke dalam troli membeli-belah ketika keluarga sedang beratur di kaunter. Kanak-kanak menggunakan kuasa mendesak dan membuat perangai ketika saat ibu bapa tertekan apabila terdapat ramai orang yang tidak sabar. Tidak melayani permintaan anak ketika ini kelihatan buruk; oleh itu, kebanyakan ibu bapa akan mengalah kepada pembelian tidak sihat ini.

Haid awal kerana makan daging disuntik hormon?

Sekitar 16% kanak-kanak perempuan Amerika mengalami pembesaran payudara ketika berusia 7 tahun, dan 30% ketika berusia 8 tahun. Seratus tahun dahulu, purata kanak-kanak mengalami haid pertama ialah ketika berusia 16-17 tahun. Anak gadis yang matang awal cenderung kurang keyakinan diri dan mudah menjadi murung. Di antara kesan biologi yang dialami adalah risiko lebih tinggi mendapat beberapa jenis kanser (payudara, ovari dan endometrium), obesiti, hiperinsulinaemia, hipertensi dan penyakit jantung. Salah satu dalangnya dipercayai kerana memakan daging daripada haiwan yang disuntik hormon.

Bill Gates & Steve Jobs mengehadkan masa menonton untuk anak-anak mereka. Adakah mereka lebih baik?

Pada 2007, Bill Gates, bekas CEO Microsoft, melaksanakan had masa menonton apabila anaknya mula mengembangkan ikatan yang tidak sihat kepada permainan video. Beliau juga tidak membiarkan anak-anaknya menggunakan telefon bimbit sehingga mereka berusia 14 tahun.

KURANG Lebih BAIK

Lima tahun pertama kehidupan dikaitkan dengan perkembangan motor dan kognitif yang baik, perkembangan emosi dan sosial, kesihatan kardiometabolik, kesihatan tulang dan rangka dan pengurangan risiko kecederaan.

Pada hakikatnya, kehilangan masa daripada waktu lahir sehingga usia lima tahun tidak dapat diganti semula pada tahun seterusnya.

Melemahkan kebolehan semula jadi kanak-kanak

“Setiap kanak-kanak adalah seniman. Masalahnya ialah bagaimana untuk kekal sebagai seniman ketika dewasa kelak.

“Semua kanak-kanak melukis seperti orang pintar. Apa yang telah kita lakukan kepada mereka sehingga begitu cepat melemahkan kebolehan mereka?

“Saya mengambil masa empat tahun untuk mahir melukis seperti Raphael, tetapi seumur hidup untuk melukis seperti kanak-kanak.

Kesemua di atas adalah petikan kata-kata PICASSO

 

Alam memainkan peranan penting dalam kesejahteraan kita

Kita mengalami kerugian yang besar apabila tidak berhubung dengan alam, baik dari sudut fizikal mahupun psikologi. Alam memberikan begitu banyak manfaat tetapi bersediakah kita untuk menerima pengajaran dan kebaikan, selain menguasai dam menyalahgunakannya?

alt

alt

alt

alt

alt