Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Atasi segera masalah pencemaran di Kg Tengku Laxamana

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha kilang beras yang membuang dan membakar sekam padi di Kampung Tengku Langkasama dekat Kuala Kedah sehingga berlakunya pencemaran udara yang serius di kawasan itu.

 Selain habuk yang berterbangan menyelubungi udara di kampung tersebut dan taman perumahan berhampiran, masalah ini turut mengundang bau busuk,penyakit kulit di kalangan penduduk tempatan serta memusnahkan pokok bakau di kawasan berkenaan.

CAP dan SAM menyertai NGO dari 40 negara untuk Menggesa Dentsply untuk Menghentikan Perdagangan Toksik

Dengan pemeteraian perjanjian mengenai merkuri pada bulan depan, ramai yang bimbang  bahawa tampalan merkuri yang toksik akan dilambak ke negara-negara membangun. Dalam surat kepada Dentsply iaitu sebuah syarikat pengeluar dari Amerika Syarikat, 62 kumpulan kesihatan, keadilan dan alam sekitar dari 40 negara dan enam benua telah meminta presiden syarikat, Bret Wise, untuk menghentikan penjualan amalgam gigi kepada negara-negara membangun.

CAP menggesa kawalan ketat terhadap penjualan Steroid di pusat-pusat kecergasan

CAP ingin sekali mempersoalkan definisi kecantikan dan keyakinan diri daripada  kaca mata masyarakat masa kini. Adakah gaya hidup kini melihat kecantikan dan keyakinan diri itu hanya suatu bentuk komoditi , fizikal dan material semata?  Hal ini kian meruncing apabila masyarakat mengambil jalan pintas untuk kekal menarik- menggunakan steroid sebagai tambahan kepada regim  kecergasan di pusat kecergasan.

LPTA mesti jelaskan kenyataan berhubung loket beradioaktif

Penafian Setiausaha Eksekutif Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) mengenai pihaknya mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu loket beradioaktif membingungkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif LPTA pada 19 September 2012 yang merujuk kepada kenyataan akhbar CAP di mana CAP menyatakan bahawa LPTA telah mengesahkan ujiannya ke atas ‘Quantum Pendant’ (Fusionexcel) dan ‘SE Pendant (Cosway) yang menunjukkan loket-loket ini mengandungi kepekatan radiaoaktif Thorium-232 dan Uranium-238 pada paras yang tinggi berbanding yang dibenarkan oleh LPTA.

Loket beradioaktif yang berbahaya

Pada tahun 2010, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pernah menyuarakan kebimbangan mengenai kesan buruk loket yang beradioaktif atau bertenaga skalar (scalar energy) yang dijual oleh syarikat-syarikat jualan langsung. CAP telah mengetengahkan perkara ini kepada Kementerian Kesihatan dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom  (LPTA) selepas menerima aduan daripada seorang pengguna.

Asbestos: Malaysia perlu pastikan pengharaman kekal

CAP menggesa supaya diharamkan sepenuhnya semua bentuk asbestos sejak 2001 lagi. Ini disebabkan oleh bilangan kes penyakit berkaitan asbestos yang semakin meningkat akibat penggunaan asbestos yang intensif pada masa lalu dan beberapa negara lain termasuk Malaysia menggunakan chrysotile.

alt

alt

alt

alt

alt