Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kemalangan di Tapak Pembinaan Menunjukkan Ketidakberkesanan DOSH

Kementerian Sumber Manusia mendedahkan pada Jun 2015, 92.5% tapak pembinaan tidak mematuhi dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH). Ini menunjukkan Prosedur Operasi Standard (SOP) DOSH dalam menjalankan tugas untuk mencegah ketidakpatuhan kepada undang-undang itu.

Statistik ini menggambarkan ketidakberkesanan DOSH dalam menyampaikan mesej kepada syarikat pembinaan bahawa undang-undang perlu dipatuhi pada setiap masa. Angka ini mempersendakan notis “UTAMAKAN KESELAMATAN” di tapak pembinaan. Dengan meletakkan notis ini tidak membebaskan industri daripada liabiliti bagi kecederaan dan kematian. Begitu juga notis ini tidak membebaskan DOSH daripada memastikan bahawa semua langkah keselamatan telah dipatuhi.

Menurut DOSH, ia hanya memeriksa tapak pembinaan projek yang bernilai kurang daripada RM20 juta. Bagi projek yang lebih besar, perkara itu diserahkan kepada pihak syarikat di bawah konsep “peraturan sendiri” kerana mereka mampu untuk mendapatkan khidmat perunding.

Dalam dua kes utama di Pulau Pinang, perancah runtuh di Jambatan Kedua Pulau Pinang dan sirip dinding runtuh di Bangunan UMNO setinggi 21 tingkat, Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mendapati terdapat ketidakcekapan dan kecuaian. Pihak Suruhanjaya menyarankan supaya tindakan diambil terhadap perunding yang bertanggungjawab bagi pelan/rekabentuk yang tidak sesuai dan “kegagalan yang teruk atau pembinaan yang cacat” pada perancah di tiang 6 dan 7 daripada tanjakan 2 daripada Jambatan Kedua.

Ini perlu menjadi pengajaran kepada DOSH bahawa perunding dalam syarikat pembinaan juga perlu diaudit untuk memastikan mereka menyesuaikan diri dengan semua masa dan keadaan.

DOSH memberikan dua alasan yang sering digunakan bagi kemalangan di tapak pembinaan yang berterusan, pertama, pegawainya tidak boleh sepanjang masa berada di semua tapak pembinaan dan kedua sikap pekerja yang enggan untuk menggunakan peralatan keselamatan seperti topi keselamatan apabila bekerja di tempat berbahaya atau memakai penutup yang sempurna di mana operasi kerja mengeluarkan gas berbahaya.

Kewujudan DOSH cukup bagi syarikat pembinaan untuk mengikuti undang-undang tanpa memerlukan pegawai DOSH berada di semua tapak pembinaan pada setiap masa. Ini menggambarkan mengenai SOP DOSH dalam menjalankan tugas mereka. Ia gagal untuk dipatuhi oleh pihak industri.

DOSH mendakwa bahawa ia mengamalkan profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugasnya tidak disahkan oleh perangkaan. Dakwaan ini bertentangan dengan alasannya sendiri bahawa pegawai tidak dapat berada di semua tapak pembinaan pada setiap masa.

Jadi apa yang diperlukan bukan lagi lebih banyak undang-undang tetapi membaik pulih sepenuhnya SOP DOSH. Sejak penguatkuasaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 lebih 25 tahun lalu, DOSH tidak mampu untuk mendisiplinkan majikan kepada pekerja yang bekerja dengan berdepan risiko setiap hari terhadap keselamatan dan kesihatan mereka.

Hanya dengan penguatkuasaan undang-undang secara tegas serta berterusan akan menjadikan mereka lebih mematuhi DOSH dengan serius. Jika tidak ia hanya mempersendakan undang-undang. Oleh sebab itu, CAP menggesa Kementerian Sumber Manusia menjalankan audit ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) DOSH untuk memahami ketidakberkesanan kerjanya lebih 25 tahun yang lalu untuk mewujudkan kesedaran keselamatan dan persekitaran kerja yang mematuhi undang-undang keselamatan.

Kenyataan Akhbar, 2 Mac 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt