Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Menyembur Tubuh Dengan Pembasmi Kuman Tidak Disarankan Oleh WHO

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut melihat gambar di dalam media cetak yang menunjukkan seorang wanita menyembur cecair pembasmi kuman daripada botol semburan kepada sekumpulan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak (taska). Kami pasti bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ibu bapa bimbang dengan amalan seperti itu.

Sebagai maklum balas segera, kami ingin menggesa semua pusat jagaan kanak-kanak yang memulakan operasi daripada 2 Jun supaya menghentikan segera menyembur kanak-kanak dengan cecair pembasmi kuman memandangkan mata dan selaput lendir kanak-kanak lebih sensitif terhadap kimia yang terdedah kepadanya.

Menyembur pelajar dengan cecair pembasmi kuman mungkin akan menjadi lebih berleluasa memandangkan lebih banyak prasekolah, sekolah dan institut pendidikan tinggi akan dibuka semula.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepatutnya mengharamkan penyemburan cecair pembasmi kuman kepada seseorang yang melalui kotak/ruang/terowong/pondok/sesekat/ pagar pembasmi kuman, atau dalam kes ini dengan botol semburan. Dinyatakan bahawa tempoh seseorang itu disembur dalam proses itu ialah kira-kira 20 hingga 30 saat yang tidak cukup untuk tidak mengaktifkan virus.

Pendekatan menggunakan semburan seperti itu tidak disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyembur bahagian luaran tubuh menggunakan bahan kimia seperti alkohol atau klorin tidak membunuh virus di dalam tubuh. Sebaliknya, menyembur klorin, alkohol atau bahan kimia toksik lain terhadap manusia boleh menyebabkan kegatalan kulit, bronchospasm dan kesan gastrousus.

CAP menggesa kerajaan supaya menyatakan dengan jelas dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) bahawa sebarang bentuk semburan cecair pembasmi kuman ke atas tubuh tidak dibenarkan. Saranan yang diguna pakai di seluruh dunia ialah memakai pelitup muka, membasuh tangan dengan sabun dan mengamalkan penjarakkan sosial.

 

 

Kenyataan Akhbar, 5 Jun 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt