Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

PEROKOK: 1 JUTA BAWAH USIA 10 TAHUN, MAJORITI 4.7 JUTA MULA MEROKOK SEBELUM USIA 18 TAHUN

CAP Menyokong Sepenuhnya Pengharaman Penjualan Rokok dan Merokok Di Tempat Maka

Lebih daripada satu juta perokok di Malaysia berusia bawah 10 tahun dan mereka menghembuskan kira-kira 4,000 bahan kimia berbahaya dan bersifat kanser yang terdapat dalam tembakau.

Kebanyakan daripada 4.7 juta perokok di negara ini mula merokok sebelum usia 18 tahun, menurut Kementerian Kesihatan.

Lebih 60 bahan kimia terdapat dalam asap rokok yang boleh menyebabkan kanser (contohnya formaldehid) dan enam yang lain mengganggu dengan perkembangan sel biasa (contohnya nikotina dan karbon monoksida).

Malangnya, 80% rakyat Malaysia yang tidak merokok terdedah melalui bahan kimia yang bebas berterbangan yang dihembuskan ke dalam persekitaran.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris mendedahkan perkara ini sementara mengalu-alukan pengharaman oleh Kerajaan ke atas semua bentuk merokok di tempat awam seperti restoran.

“Lebih daripada 80% rakyat Malaysia yang tidak merokok mempunyai hak untuk tidak terdedah kepada asap rokok. Mereka mesti dilindungi daripada terdedah kepada asap rokok di udara yang boleh menyebabkan kanser.

“Satu ironi pembayar cukai membayar berbilion untuk alam sekitar yang bersih, adalah tidak adil bagi syarikat tembakau memperolehi berbilion sehingga menjejaskan perokok,” tambahnya.

Beliau berkata CAP “Menyokong sepenuhnya pengharaman penjualan dan merokok di tempat makan.”

Bagaimanapun, CAP kecewa dengan pemilik restoran India Muslim, India dan Cina dari seluruh negara yang kecewa dengan keputusan Putrajaya untuk menguatkuasakan pengharaman sepenuhnya terhadap merokok di kedai mereka.

CAP ingin menyatakan bahawa objektif pengunjung tempat makan adalah untuk makan, bukan untuk merokok. “Bukan perokok tidak perlu bertolak ansur dengan 4,000 bahan kimia berbahaya yang ditemui dalam asap tembakau.”

Ihsan Pilihan tidak seharusnya diperkenalkan kerana perokok pasif termasuklah orang tua, wanita, kanak-kanak dan bayi, semuanya terdedah kepada penyakit berkaitan asap rokok seperti mana perokok itu sendiri.

Asap tidak mengenal sempadan fizikal kerana jika ia mengenalnya maka asap daripada kebakaran hutan Indonesia tidak akan mengganggu Malaysia memandangkan asap itu hanya terkepung dalam sempadan Indonesia sahaja.

Kempen oleh pemilik kedai kopi dan restoran dalam memberikan kuasa kepada perokok menginjak-injak hak bukan perokok (perokok pasif), tambah Idris lagi.

Pengguna perlu menyedari siapakah yang mengaut keuntungan dengan hasil titik peluh kita, hanya keuntungan oleh tempat makan, mengatasi kesihatan dan keselamatan kita.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Datuk Ho Su Mong berkata kerajaan perlu memerangi tabiat merokok melalui cara lain.

“Beliau lupa bahawa ‘cara lain’ memerangi tabiat merokok ialah mengharamkan merokok di tempat makan dan kerajaan hanya melakukannya.

“Tidak diragui bahawa pemilik restoran bekerja keras untuk membina perniagaan mereka melalui kerja keras mereka. Adakah mereka menyatakan peniaga dan penjaja tidak bekerja keras? Adakah kerja keras mereka memberikan lesen untuk melakukan apa yang mereka mahu lakukan?”

Berdasarkan fakta bahawa nikotina ditemui dalam tembakau amat menagihkan (berbanding kokaina dan heroin) dan ia diklasifikasikan di bawah racun Kumpulan C, ia adalah tidak munasabah sama sekali bagi tempat makan untuk menjual rokok.

Mohd Idris berkata terdapat peraturan bahawa perokok perlu merokok perlu berada pada jarak 10 kaki daripada tempat makan. “Adalah menjadi tanggungjawab pemilik tempat makan untuk mematuhi peraturan ini. Pemilik tempat makan berhujah bahawa ia akan membahayakan nyawa pelanggan mereka memandangkan mereka mungkin berdiri di jalan untuk merokok.”

Sebelum Tahun Baharu Cina 2018, syarikat rokok mendatangi peruncit (termasuk pemilik kedai kopi) untuk meminta mereka mempromosikan jenama tertentu melalui kempen “Jual Lebih, Menang Lebih”.

Ini bukanlah kes yang terpencil dan peruncit memperolehi manfaat daripada cabutan bertuah dan hadiah yang diberikan kepada mereka oleh syarikat tembakau tertentu. Jika inilah keadaannya, peruncit tidak boleh lagi mendakwa bahawa mereka mahu mendapatkan keuntungan daripada jualan rokok (dalam keadaan biasa) memandangkan mereka mempunyai agenda yang lebih besar dalam keseluruhan isu ini.

Pemilik kedai makan di masa lalu berhujah bahawa kawalan ketat ke atas rokok akan menyebabkan peningkatan dalam penjualan rokok haram. Hujah ini tidak masuk akal.

Mereka hanya mengulangi semula apa yang disuarakan industri tembakau. CAP hairan kenapa tempat makan begitu bimbang mengenai penyeludupan rokok berbanding harga dan kualiti makanan mereka.

Pihak berkuasa perlu meningkatkan usaha serbuan untuk menghapuskan ancaman rokok haram. CAP mencadangkan mereka yang ditangkap menjual produk seludup, aset dan harta mereka dirampas di samping hukuman penjara mandatori.

CAP menegaskan sekali pendirian bahawa semua bentuk merokok dan menghisap vape perlu diharamkan di tempat makan. Tempat makan tidak seharusnya dibenarkan untuk menjual rokok kerana ia mengandungi racun Kelas C (nikotina).

 

Kenyataan Akhbar, 22 November 2018

 

 

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt