Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Menyembur Tubuh Dengan Pembasmi Kuman Tidak Disarankan Oleh WHO

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut melihat gambar di dalam media cetak yang menunjukkan seorang wanita menyembur cecair pembasmi kuman daripada botol semburan kepada sekumpulan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak (taska). Kami pasti bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ibu bapa bimbang dengan amalan seperti itu.

Sebagai maklum balas segera, kami ingin menggesa semua pusat jagaan kanak-kanak yang memulakan operasi daripada 2 Jun supaya menghentikan segera menyembur kanak-kanak dengan cecair pembasmi kuman memandangkan mata dan selaput lendir kanak-kanak lebih sensitif terhadap kimia yang terdedah kepadanya.

Ke arah sektor pergigian bebas-merkuri di Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan penggubalan peraturan untuk menghentikan penggunaan amalgam dalam sektor pergigian.  Pada tahun 2013,  Konvensyen Minamata berkaitan Merkuri telah dirangka dan diterimapakai setelah negara-negara mengadakan rundingan berikutan  kebimbangan terhadap kesan merkuri kepada kesihatan awam dan alam sekitar. Malaysia merupakan di antara negara yang menandatangani Konvensyen ini.

Amalgam pergigian mengandungi kira-kira 50% merkuri. Salah suatu peruntukan utama Konvensyen Minamata adalah untuk mengurangkan secara berperingkat (phase down) penggunaan amalgam dalam sektor pergigian.

Kebaikan bersama menghalang tabiat merokok

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memuji dan mengucapkan syabas kepada Kementerian Kesihatan kerana melaksanakan dan menguatkuasakan Peraturan 11 (1) (d), Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2018.

Di bawah Peraturan ini, pesalah yang ditangkap kerana merokok “di mana-mana tempat makan atau kedai berhawa dingin” boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun. Sejumlah 605 kes membabitkan kompaun sebanyak RM144,450 dikeluarkan ke atas perokok yang melanggar pengharaman tersebut di hari pertama pelaksanaannya, iaitu pada 1 Januari 2020. Pemilik 103 premis dikenakan denda berjumlah RM25,750 kerana gagal mempamerkan tanda “dilarang merokok” dan menyediakan barang (seperti tempat abu rokok) yang memudahkan pelanggan merokok.

Peralatan di Taman Permainan Bersalut Plumbum pada Paras Berbahaya – CAP

Kandungan plumbum yang tinggi ditemui pada peralatan di taman permainan awam sekitar kawasan utara Malaysia. Cat pada alat permainan yang mengandungi plumbum pada paras berbahaya mendedahkan risiko keracunan plumbum kepada kanak-kanak. Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan segera diambil bagi melarang penjualan dan penggunaan cat berplumbum terutama untuk produk yang mendedahkan kanak-kanak kepada pencemaran plumbum.

Amaran CAP ini dibuat sempena Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa yang disambut dari 20-26 Oktober dengan tumpuan diberikan ke arah menyingkirkan cat berplumbum.

PEROKOK: 1 JUTA BAWAH USIA 10 TAHUN, MAJORITI 4.7 JUTA MULA MEROKOK SEBELUM USIA 18 TAHUN

CAP Menyokong Sepenuhnya Pengharaman Penjualan Rokok dan Merokok Di Tempat Maka

Lebih daripada satu juta perokok di Malaysia berusia bawah 10 tahun dan mereka menghembuskan kira-kira 4,000 bahan kimia berbahaya dan bersifat kanser yang terdapat dalam tembakau.

Kebanyakan daripada 4.7 juta perokok di negara ini mula merokok sebelum usia 18 tahun, menurut Kementerian Kesihatan.

Haramkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengulangi gesaannya kepada pihak berkuasa supaya mengharamkan segera penjualan racun herba berasaskan glyphosate kerana ia didapati berbahaya kepada manusia dan hidupan liar selain mencemarkan alam sekitar.

Baru-baru ini seorang lelaki dari Brooklyn, Amerika, menuntut pampasan bernilai $5 juta dalam satu saman terhadap Pepsico, iaitu syarikat pengeluar Quaker Oats. Menurut saman tersebut, dakwaan pihak syarikat bahawa makanan untuk sarapan yang terkenal itu sebagai 100% asli adalah dakwaan yang palsu, bersifat menipu dan mengelirukan kerana syarikat terbabit menggunakan glyphosate ketika memproses oat.

Bahan itu digunakan sebagai racun rumpai dan disembur pada tanaman oat sebagai bahan pengering sebelum dituai, demikian menurut dakwaan lelaki dari Brooklyn itu dalam samannya di mahkamah persekutuan.

alt

alt

alt

alt

alt