Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Haramkan Vape di Hotel dan Tempat Awam Lain

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan cadangan untuk mengharamkan merokok di hotel menjelang akhir 2016 dan seterusnya melanjutkannya ke tempat awam lain. Bagaimanapun pengusaha hotel dari Persatuan Hotel Malaysia tertanya-tanya jika Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok akan menyediakan zon merokok yang ditetapkan. Sehingga pelaksanaan pengharaman itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendirian tegas bahawa kerajaan mestilah tidak menyetujui terhadap sebarang rayuan untuk menetapkan kawasan merokok seperti bar rokok.
Pengharaman sepenuhnya merokok di dalam kawasan tertutup adalah selaras dengan Artikel 8 Rangkakerja Konvensyen Kawalan Tembakau (Framework Convention on Tobacco Control - FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dengan membenarkan zon khas merokok, kesihatan pekerja dan mereka yang tidak merokok dalam bangunan akan terjejas.

Kerajaan juga perlu mempertimbangkan pengharaman e-rokok sama seperti apa yang dilakukan di Thailand dan Singapura, kerana pada ketika ini ia tidak dikawal. Dari segi definisinya, e-rokok termasuklah e-pen,e-hookah dan e-cigar dan ia secara kolektifnya dikenali sebagai sistem penyampaian nikotina elektronik. Alat ini digunakan oleh kira-kira sejuta rakyat Malaysia, tidak dikawal memandangkan ia tidak berada dalam lingkungan Akta Makanan 1983 dan oleh sebab itu tiada keperluan atau pemeriksaan keselamatan.

Menurut Persatuan Paru-paru Amerika, hampir mustahil untuk mengawal e-rokok dan e-cecair kerana hampir 500 jenama dan 7,700 perisa dalam pasaran Amerika dan tiada cara bagi sesiapa untuk mengetahui apakah bahan kimia yang terkandung dalam e-cecair atau bagaimana bahan kimia itu akan mempengaruhi kesihatan seseorang itu. Kebanyakan isian semula e-cecair yang dijual di Malaysia tidak menetapkan bahan kimia yang digunakan dan e-cecair juga dihasilkan di dalam negara sebagai ramuan yang relatifnya mudah untuk disediakan.

Kajian di AS menunjukkan aerosol e-rokok juga mengandungi karsinogen seperti formaldehyde dan acetaldehyde dan logam berat seperti kadmium, nikel dan plumbum. Sesetengah produk yang mendakwa bebas nikotina mungkin masih mengandungi dadah. Menurut ujian yang dijalankan pada 2014 oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan (Food and Drugs Administration - FDA), jumlah nikotina yang dikeluarkan oleh e-rokok dari jenama yang sama dan kekuatannya menunjukkan sedikit konsistensi.

Ramuan utama dalam e-cecair adalah propylene glycol yang disebut-sebut sebagai Umumnya Diiktiraf Sebagai Selamat (Generally Recognised As Safe - GRAS) oleh FDA. Tetapi menafikan hakikat bahawa Agensi bagi Bahan Toksik dan Daftar Penyakit (Agency for Toxic Substances and Disease Registry - ATSDR) yang berpangkalan di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa “kami mempunyai sedikit maklumat mengenai apakah yang berlaku kepada propylene glycol dalam udara.” Status GRAS yang diberikan oleh FDA adalah pada hakikatnya untuk “kegunaan dalam perisa, ubatan, dan kosmetik dan sebagai bahan penambah makanan secara langsung.”

Begitu juga, perisa e-cecair yang menggunakan ramuan makanan yang dikatakan selamat. Bagaimanapun, dakwaan seperti itu adalah mengelirukan kerana Persatuan Pengeluar Ekstrak dan Perisa Amerika Syarikat (Flavor and Extract Manufacturers Association of the United States - FEMA) menjauhkan diri mereka dengan e-rokok, dengan menyatakan “status FEMA GRASTM bagi kegunaan ramuan perisa dalam makanan tidak bermaksud bahawa ramuan perisa FEMA GRAS TM selamat untuk digunakan dalam e-rokok.”

Jika kerajaan serius mengenai kesihatan awam, CAP sekali lagi mengulangi gesaan supaya diharamkan sepenuhnya e-rokok dan vape kerana ia tidak selamat dan terutama sekali e-cecair yang sukar untuk dikawal.

Kenyataan media, 28 Mac 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt