Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kenapa “Kiddie Packs” Tidak Perlu Diperkenalkan Semula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk tidak tunduk kepada tekanan industri tembakau untuk memperkenalkan “Kiddie Packs”.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO), “tembakau membunuh sepertiga hingga separuh daripada mereka yang menggunakannya, pada purata 15 tahun.” Hujah ini sudah cukup penting untuk tidak melayan kehendak industri.

Menyambut Aidil Fitri, Elakkan Pembaziran & Bid‘ah

Pesanan Hari Raya dari Presiden CAP, Haji S. M. Mohamed Idris

Kita kini berada dalam 10 hari terakhir Ramadhan apabila umat Islam dikehendaki menghabiskan lebih banyak masa dengan bersolat, berdoa, memuhasabah diri dan melakukan amal kebajikan. Malangnya, mereka dihujani dengan iklan supaya membeli dan mengguna lebih banyak barangan. “Ramadan Jam 11, Tawaran Gila-gila bermula dari RM1, Raya Ni Mesti Cun, Jualan Hebat sehingga 50%” adalah antara beberapa iklan yang menggoda pengguna.

Iklan jualan tanpa mengelirukan pengguna dan tidak melanggar peraturan mungkin boleh diterima. Apakah matlamat mengaitkan promosi jualan dengan sambutan Aidil Fitri. Ia telah mencemarkan kesucian hari yang mulia itu. Apakah yang dilakukan oleh pihak berkuasa dan ulama? Mereka perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan sekularisasi Islam ini.

Pemberitahuan

PEMBERITAHUAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berasa amat kecewa dan membantah manipulasi tajuk Surat kepada Pengarang kami yang bertajuk 'Pecambahan kedai arak di Little India'.

Kami dimaklumkan bahawa kenyataan tersebut sedang beredar di dalam media sosial dengan tajuk 'Di bawah Pemerintahan DAP, Pulau Pinang menjadi syurga Arak' oleh pihak-pihak tertentu.

Harap maklum.

Haramkan Vape di Hotel dan Tempat Awam Lain

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan cadangan untuk mengharamkan merokok di hotel menjelang akhir 2016 dan seterusnya melanjutkannya ke tempat awam lain. Bagaimanapun pengusaha hotel dari Persatuan Hotel Malaysia tertanya-tanya jika Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok akan menyediakan zon merokok yang ditetapkan. Sehingga pelaksanaan pengharaman itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendirian tegas bahawa kerajaan mestilah tidak menyetujui terhadap sebarang rayuan untuk menetapkan kawasan merokok seperti bar rokok.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt