Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Ya, kita MINUM 1,000 MINUMAN TIN SEMINIT

Ramuan utama minuman ringan adalah air berkarbonat, gula, pemanis kalori, pewarna tiruan dan perisa. Diperbuat dengan gula dan bahan kimia sepenuhnya.

Minuman ringan dikaitkan dengan obesiti, diabetes Jenis 2, kaviti gigi, dan manfaat pemakanan yang rendah dan gula pula dikaitkan dengan 60 penyakit.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2016 menunjukkan bahawa 38% kanak-kanak Malaysia mempunyai berat berlebihan. Kegemukan kanak-kanak dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan komplikasi kesihatan yang serius dalam kalangan orang dewasa.

Minuman ringan merupakan salah satu penyumbang utama kepada risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti. Ia dijelaskan sebagai “gula-gula cecair” kerana kemanisannya. Satu tin minuman ringan mempunyai purata 7-8 sudu teh gula. Lebih tinggi berbanding pengambilan gula harian yang dibenarkan iaitu 5 sudu teh gula seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

alt

alt

alt

alt

alt