Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Gula dan Sistem Imun

GULA menekan sistem imun dan merendahkan ketahanan tubuh menentang penyakit. Pengambilan gula berlebihan melumpuhkan keupayaan fagositik sel darah putih (kemampuan untuk menelan dan menyerap bahan sisa, mikroorganisma berbahaya, atau bahan asing lain dalam aliran darah dan tisu), dengan itu meningkatkan jangkitan virus.

Terdapat sekitar 60-400 trilion sel darah putih fagositik aktif dalam tubuh. Gula putih menyebabkan penahan ini menjadi lembab dalam kerjanya, dengan itu merendahkan ketahanan terhadap  penyakit.

Tidak banyak gula diperlukan untuk melemahkan sistem imun.

Gula darah pada nilai 120 sudah cukup untuk mengurangkan indeks fagositik sehingga 75%. (Indeks fagositik ialah kaedah makmal yang mengukur secepat mana makrofaj atau limfosit tertentu menelan virus, bakteria atau sel kanser.)

Tahukah anda?

* Gula putih yang diproses dianggap bahan asing toksik oleh sistem imun kerana struktur kimianya yang bukan asli dan bahan cemar industri yang kekal dari proses penapisan.

* Dilaporkan selepas memakan gula putih, tenaga sistem imun jatuh 50% selama 24-48 jam.

* Hakikatnya, “Purata seseorang kehilangan lebih 90% fungsi imun mereka dalam tempoh 15 minit  selepas mengambil bahan beracun ini. Kekurangan ini berlarutan hingga 2 jam selepas stres itu terjadi,” kata Dr Wall Stoll.

* Dalam satu laporan yang diterbitkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition, 100 gram gula daripada glukosa, fruktosa, sukrosa, madu atau jus oren menyebabkan penurunan ketara dalam kemampuan sel darah putih untuk menelan dan memusnahkan bakteria. Penurunan fungsi imun masih berlaku 5 jam selepas gula dimakan.

Dipetik dari Panduan CAP: “Gula Memudaratkan Kesihatan”

 

alt

alt

alt

alt

alt