Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Penyakit MENTAL atau Alahan OTAK?

MAKANAN dan/atau alahan bahan kimia boleh menghasilkan gejala emosi, tingkah laku dan mental seperti serangan panik, tingkah laku kompulsif, kemurungan, episod psikotik atau halusinasi. Ia juga boleh menyumbang kepada banyak gejala mental dan emosi yang kurang teruk seperti kebimbangan, mudah marah, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian, atau perasaan mental dalam keadaan “berserabut”.

Alahan otak, atau penyakit mental ekologi, adalah istilah umum yang digunakan untuk menjelaskan reaksi luar biasa terhadap makanan dan bahan lain.

Sudah tentu otak merupakan organ tubuh yang paling halus, kadangkala menggunakan sehingga 30% semua tenaga yang diperoleh daripada makanan, jadi ia amat sensitif kepada makanan. Alahan kepada makanan boleh menjejaskan paras hormon dan bahan kimia utama lain dalam otak, menghasilkan pelbagai gejala daripada kemurungan hingga skizofrenia.

Reaksi luar biasa melibatkan alahan otak didokumentasikan dalam kepustakaan perubatan sejak lebih seabad.

Dalam buku, Food Allergies and Environmental Illness, 1993, Dr K. Mumby menulis bahawa beliau melihat alahan (makanan dan alam sekitar) membawa kepada “peningkatan perasaan seksual, serangan membunuh, psikosis skizofrenia, pemikiran bercelaru atau terganggu, halusinasi, hiperaktif, kemurungan, kebimbangan, kesukaran belajar, disleksia dan autisme”.

Dr Jame C. Breneman, Pengerusi Food Allergy Committee of the American College of Allergists, menyatakan dalam buku teksnya pada 1984 mengenai alahan makanan bahawa alahan otak merupakan penyebab biasa apa sahaja daripada “tumpuan lemah dan neurosis hinggalah kepada sawan dan skizofrenia.”

G. Speer dalam bukunya Allergy of the Nervous System, diterbitkan pada 1970, mendedahkan bukti bahawa menunjukkan gejala emosi dan neurologi muncul daripada alahan telah direkodkan sejak 1920-an.

Pada 1905, Francis Hare, doktor dari Australia, menulis Food Factor in Disease, di mana beliau memberikan contoh pesakit bergejala termasuk “masalah mental” yang disebabkan oleh pelbagai makanan.

Makanan adalah puncanya. Dalam buku, Brain Allergies: The Psychonutrient and Magnetic Connections, 2000, oleh Philpott W. H. Dan Kalita D. H., Dr Philpott menyediakan beberapa contoh termasuklah: hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak disebabkan oleh kacang buncis; kemarahan yang ganas dalam kalangan wanita dicetuskan oleh oren; sensitif kepada gandum dalam kalangan mereka yang berusia 17 tahun dikelaskan sebagai sakit mental selama tiga tahun; tembikai membawa kepada kemurungan dan mudah marah bagi mereka yang berusia 12 tahun; kemurungan manik disebabkan oleh susu dalam kalangan pesakit berusia 30 tahun.

Dalam buku, Food Allergies Made Simple, doktor Agatha dan Calvin Thrash dan pengarang bersama Phyllis Austin memetik satu kajian yang meyakinkan: “[Kajian di mana] dua kumpulan penghidap skizofrenia yang dimasukkan ke wad psikiatri dan diletakkan dengan diet yang berbeza, mendedahkan bahawa mereka yang dietnya bebas bijirin, susu bertambah baik dengan lebih cepat dan keluar hospital dalam separuh masa daripada kumpulan yang diberikan diet standard.”

Ujian terkawal yang melihat alahan dan sensitif makanan kepada salicylates yang berlaku secara semula jadi dalam kalangan pesakit yang menderita akibat pergantungan kepada alkohol, gangguan kemurungan utama, atau skizofrenia mendapati pesakit dengan diagnosis kemurungan mengalami paling banyak alahan:

80% alah kepada barli.

Semua alah kepada putih telur.

Lebih separuh daripada penagih alkohol yang diuji didapati alah kepada putih telur, susu, rye, dan barli.

80% penghidap skizofrenia didapati alah kepada susu dan telur.

Salicylates ditemui dalam makanan daripada tumbuhan: kebanyakan buahan, sesetengah sayuran, herba, rempah, teh dan bahan penambah perisa. Buahan sitrus, beri, sos tomato dan perisa pudina tinggi dalam salicylates semula jadi; begitu juga makanan proses dengan perisa itu.

-- Dipetik daripada BRAIN FOODS: Which Foods are Brain Boosters and Which are Brain Busters, buku kecil Panduan CAP

 

Buku kecil ini boleh diperolehi di sini: http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/2/119

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt