Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jadikan Pulau Jerejak Sebagai Pusat Kuarantin Sementara Untuk Menangani Situasi COVID-19

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mempertimbangkan bagi menggunakan Pulau Jerejak sebagai pusat kuarantin sementara bagi wilayah utara.

Ini bukanlah satu idea remeh memandangkan ia telah digunakan sebagai pusat kuarantin kesihatan bagi pendatang pada 1875 dan hanya lima minit perjalanan menggunakan bot dari Pulau Pinang. Ia mempunyai kawasan tanah, terasing dan disebabkan ia kira-kira enam kilometer daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Dalam waktu kecemasan, pengangkutan dari Hospital Pulau Pinang boleh dengan mudah tiba di jeti Pulau Jerejak, dengan jarak kira-kira 11 kilometer, menggunakan Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu kira-kira 20 minit. Ia juga boleh didatangi dari laut.

Alasan bagi cadangan kami ialah kerana Malaysia tidak sepenuhnya dilengkapi untuk mengendalikan pandemik COVID-19 atau waktu kecemasan dalam skala besar kerana sehingga November 2019, hospital awam dan swasta Malaysia mempunyai katil hospital dengan nisbah kepada jumlah penduduk (BPR) ialah 1.98 katil bagi setiap 1,000 penduduk. Purata sasaran bagi negara maju ialah 2.5 katil bagi setiap 1,000 penduduk. Dalam istilah yang mudah, kita tidak mempunyai katil hospital yang mencukupi untuk menangani bilangan besar kes yang perlu dimasukkan ke hospital.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dipetik dalam satu laporan menyatakan perkara nisbah yang rendah ini disumbangkan oleh “isu belanjawan” dan ia membimbangkan kerana 1.9 katil bagi setiap 1,000 jumlah penduduk Malaysia ini kekal kira-kira dalam keadaan yang sama sejak 2012.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah menunjukkan bilangan kes berdasarkan kepada setiap hari, dengan membandingkan trajektori koronavirus di Itali kepada Malaysia baru-baru ini. Terdapat persamaan yang ketara dalam trend yang ditunjukkan. Jika Itali tidak mampu untuk menangani dengan ledakan jangkitan ini, adakah Malaysia boleh menanganinya?

Sehingga 19 Mac, Itali mempunyai 41,035 kes jangkitan yang disahkan, 3,405 kematian dan lebih 1,045 pulih. Menurut laporan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Itali mempunyai nisbah 3.2 katil hospital kepada jumlah 1,000 orang penduduk. Pekerja penjagaan kesihatan Itali begitu terharu dengan kes COVID-19 yang mereka hadapi dengan keputusan mengenai memperuntukkan rawatan menyelamatkan nyawa yang terhad dengan mereka yang cenderung untuk hidup lebih lama dengan selamat.

Sebelum situasi menjadi lebih buruk sehingga di luar kawalan, adakah pihak Kementerian Kesihatan (MoH) mula memaklumkan kepada pegawai perubatan profesional yang telah bersara untuk mempertimbangkan bagi membantu dalam keadaan sekarang yang amat memerlukan khidmat mereka?

Kerajaan seharusnya mempertimbangkan untuk membawa tentera dan mengenakan lockdown sepenuhnya dengan segera kerana Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) tidak berkesan. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, “hanya 60 peratus rakyat Malaysia mematuhi dengan sekatan 14 hari” dan peratusan ini amat tidak berkesan dalam keadaan seperti ini.

Pada 19 Mac, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia selepas majlis tabligh perlu “menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengkuarantinkan diri sendiri seperti mana yang diperlukan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan”. Kenyataan seperti itu tidak meyakinkan sepenuhnya kerana jika 83 peserta itu boleh memahami dan menghormati keperluan kuarantin sendiri, mereka tidak akan berkumpul dalam bilangan yang besar, dengan itu mencabuli setiap peraturan yang ditetapkan untuk mengurangkan risiko penularan.

CAP menyarankan agar kuarantin dipaksakan bagi tempoh 14 hari daripada ketibaan di lapangan terbang. Mereka mungkin merebak penyakit tanpa menunjukkan sebarang gejala ketika tempoh ini dan kami amat bimbang mengenai kemungkinan ia merebak di lapangan terbang dan ketika penerbangan itu sendiri. Ia juga mungkin merebakkan penyakit itu kepada isirumah mereka jika mereka dikuarantin di rumah.

CAP melihat peluang semakin mengecil dari semasa ke semasa, mendekati kepada ledakan jangkitan dan dengan itu menggesa kerajaan untuk melaksanakan lockdown sepenuhnya, melibatkan tentera untuk memastikan kepatuhan diikuti dalam keadaan situasi yang mendesak ini dengan seberapa segera yang boleh, bukannya selepas 48 jam. Tidak ada lagi waktu yang terluang. Kami juga menggesa doktor di hospital swasta untuk membantu hospital awam apabila khidmat mereka diperlukan.

Pentingnya untuk menjadikan Pulau Jerejak sebagai pusat kuarantin ini perlu dipertimbangkan kerana kebanyakan daripada wilayah utara telah menjadi kawasan perbandaran atau melainkan jauh daripada akses logistik. Kami ingin menekankan bahawa negara China terpaksa melaksanakan langkah yang keras bagi menangani wabak ini. Bilangan kes yang disahkan tidak akan berkurangan kepada satu angka hari ini dalam tempoh tiga bulan jika tindakan keras itu tidak diambil.

Kenyataan Akhbar/Surat Kepada Pengarang, 21 Mac 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt