Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Vape dalam Samaran Jam Tangan: Agensi Kerajaan dan Guru Perlu Bertindak Segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa yang berkenaan seperti Kementerian Kesihatan (MoH), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM), Suruhanjaya Tenaga (EC) dan khususnya guru disiplin sekolah supaya memeriksa e-rokok dalam bentuk samaran yang berfungsi seperti jam tangan.

Fungsi alat ini seperti jam tangan biasa tetapi ia boleh ditanggalkan daripada tali pergelangan tangan bagi perokok untuk merokok seperti e-rokok. Ia berfungsi menggunakan bateri yang boleh dicaj semula dan perokok boleh mengisi semula dengan e-cecair pilihan mereka.

Ia semakin popular terutamanya dalam kalangan pelajar kerana ia mudah untuk membawanya ke sekolah tanpa menimbulkan sebarang kecurigaan. Tambahan pula, ia mampu untuk dibeli dan boleh mengandungi sehingga 2 ml e-cecair bagi setiap isian semula.

Kami ingin mengetahui jika alat ini telah diluluskan oleh EC dan SIRIM kerana alat elektronik ini tidak mempunyai pelekat daripada agensi itu. Ini menimbulkan persoalan bagaimana alat ini memasuki pasaran Malaysia melainkan ia diseludup atau diikrarkan sebagai produk lain.

Kami menggesa semua pihak berkuasa yang berkaitan supaya mengambil tindakan tegas terhadap alat ini dengan segera kerana ia menggalakkan remaja yang masih bersekolah menghisap vape. Akta Kawalan Tembakau yang mandiri amat diperlukan pada saat penting ini apabila kerajaan sedang menguatkan lagi kawalan ke atas penggunaan produk tembakau di bawah garis panduan Rangka Kerja Konvensyen bagi Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (WHO). Oleh itu industri tembakau menghasilkan vape yang lebih inovatif dan alat memanas tidak membakar secara beransur-ansur bagi menggantikan rokok konvensional. Kami juga menggesa KPDNHEP supaya mempertimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal peralatan yang dijual secara atas talian.

 

Kenyataan Akhbar, 19 Julai 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt