Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Penganut Hindu Digesa Pecah Sedikit Kelapa Ketika Thaipusam

Penganut Hindu yang akan menyambut Thaipusam pada 20 Januari digesa untuk memecahkan sedikit kelapa. Wang yang digunakan untuk memecahkan kelapa boleh disalurkan untuk memenuhi pelbagai keperluan sebahagian daripada komuniti India yang masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Memecah kelapa ketika sambutan Thaipusam merupakan upacara pembersihan yang diamalkan oleh penganut Hindu. Ia merupakan simbolik yang mewakili penyerahan ego seseorang di kaki Tuhan yang dilakukan dengan penuh keazaman dan pengabdian. Kelapa yang dipecahkan itu dikumpulkan dan isinya dimakan mentah atau digunakan untuk memasak. Ia adalah antara keindahan amalan agama Hindu yang memastikan barang makanan tidak dibazirkan. Apa sahaja barang makanan yang ditawarkan kepada Tuhan perlu dilayan sebagai prasadam dan dimakan oleh penganut dan tidak dibuang sebagai sisa.

Kelapa yang digunakan dalam setiap majlis keagamaan Hindu disebabkan paras nutriennya yang tinggi. Berlawanan dengan tanggapan terkenal bahawa kelapa mempunyai paras kolesterol tinggi, penganut Hindu menggunakan kelapa dalam masakan mereka dan sebagai rawatan bagi pelbagai penyakit. Oleh itu ia menjadi buahan yang dihormati oleh penganut Hindu dalam upacara keagamaan mereka.

Ramai penganut terutamanya daripada komuniti Cina kurang pengetahuan mengenai alasan di sebalik upacara memecah kelapa. Mereka fikir lebih banyak kelapa yang dipecahkan lebih banyak nasib baik akan diterima mereka. Mereka memecahkan beribu biji kelapa setiap tahun yang akhirnya berakhir di pusat pelupusan sampah dan dibakar dan menjadi asap yang mencemarkan alam sekitar. Tindakan ini sudah pasti tidak disukai oleh Tuhan.

Memecah kelapa telah tertanam dalam setiap penganut Hindu perlu dilaksanakan dalam cara yang betul dengan memecah satu kelapa yang perlu dilakukan dengan penuh pengabdian.

Membelanjakan wang untuk membeli beribu kelapa tidak dianggap bijak terutama sekali dengan situasi ekonomi semasa. Harga kelapa juga dijangka meningkat ketika perayaan Thaipusam. Harga pasaran kelapa ialah RM1.50 sebiji. Ketika Thaipusam harganya dijangka meningkat daripada RM2.20 kepada RM2.50.

Penganut Hindu digesa untuk memikirkan isu memecahkan kelapa ini dan mengikuti amalan agama yang betul supaya dapat menjadi contoh teladan yang baik bagi generasi muda Hindu.

1.     N V Subbarow, Persatuan Pengguna Pulau Pinang

2.     A. Tharman, Malaysia Hindu Sangam

3.     Pengerusi, Malaysia Hindu Dharma Maamandram

4.     P. Mohan Murugaiah, Persatuan Hindu Pulau Pinang

5.     P. Mahalingam, Naam Tamilar Sangam Pulau Pinang

 

Kenyataan Akhbar, 18 Januari 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt