Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kekebalan Antibiotik Jejas Rawatan Kanser

Jika kekebalan antibiotik berterusan – bagi pesakit kanser, ini mungkin bermakna kadar kematian yang lebih tinggi, lebih sukar dan lebih mahal rawatannya serta banyak kesan sampingan. Banyak pilihan rawatan akan lenyap.

Bakteria kebal antibiotik dengan itu akan menyebabkan rawatan kanser kembali selama beberapa dekad, manakala insiden kes kanser akan berterusan meningkat pada tahun-tahun akan datang.

Bedak talkum dalam suplemen anda?

Menurut sumber industri, untuk mengelakkan kebimbangan pengguna mengenai penggunaan tablet toksik atau agen salutan, kebanyakan pengeluar cuba mengelakkan masalah itu dengan tidak menyenaraikannya pada label.

“Agen pengalir seperti bedak talkum, disyaki karsinogen (agen penyebab kanser), digunakan secara kerap oleh kebanyakan pengeluar seperti polyvinylpyrrolidone, magnesium stearate (terbukti agen penekan imun), lilin dan banyak lagi karsinogen lain yang diketahui atau disyaki.

Tindakan Paling Penting

Tindakan yang terkecil sekalipun mempunyai kuasa jauh lebih hebat daripada pemikiran yang paling mendalam. Penuhi hari anda dengan tindakan dan kehidupan anda akan dipenuhi kekayaan dan kehidupan orang lain lebih bahagia.

VINCENT Van Gogh bukanlah seniman sepanjang masa. Malah beliau ingin menjadi paderi dan pernah dihantar ke kawasan komuniti pelombong di Borinage, Belgium pada 1879.

Kesejahteraan Emosi Rakyat Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai "keadaan sempurna fizikal, mental, dan kesejahteraan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit atau kelemahan".

Kesejahteraan emosi adalah tunjang kepada kesihatan yang baik dalam dunia hari ini di mana penyakit mental dan fizikal dikaitkan dengan kemampuan kita untuk mengatasi tekanan kehidupan moden. Penyakit mental dan penyakit yang berkaitan dengan stres semakin meningkat dalam masyarakat bandar.

Bill Gates & Steve Jobs mengehadkan masa menonton untuk anak-anak mereka. Adakah mereka lebih baik?

Pada 2007, Bill Gates, bekas CEO Microsoft, melaksanakan had masa menonton apabila anaknya mula mengembangkan ikatan yang tidak sihat kepada permainan video. Beliau juga tidak membiarkan anak-anaknya menggunakan telefon bimbit sehingga mereka berusia 14 tahun.

Risiko Tinggi Pembedahan Caesarean

Kelahiran secara CAESAREAN merupakan pembedahan pada perut yang berpotensi membahayakan ibu dan bayi. Apa yang membimbangkan ialah kadar pembedahan caesarean semakin meningkat di seluruh dunia; banyak pembedahan caesarean dilakukan secara tidak perlu. Ia juga dilakukan bukan atas alasan perubatan tetapi sebaliknya untuk meningkatkan pendapatan doktor dan memudahkan mereka.

>> Dianggarkan lebih separuh daripada pembedahan caesarean yang dilakukan adalah TIDAK PERLU.

>> Wanita yang menjalani pembedahan caesarean berisiko mengalami darah beku yang  membawa maut, jangkitan, dan komplikasi ubat bius – 3 komplikasi biasa pembedahan utama.

>> Pembedahan caesarean mendedahkan RISIKO KEPADA IBU:

10 -20 kali lebih tinggi mendapat jangkitan selepas pembedahan

5 – 7 kali lebih tinggi risiko mati selepas bersalin

6.28 kali lebih tinggi mengalami kemurungan

>> RISIKO KEPADA BAYI:

1 – 2 bayi bagi setiap 100 akan luka ketika pembedahan

5 kali lebih cenderung untuk dimasukkan ke unit penjagaan rapi atau pertengahan

4 kali lebih cenderung menghidap tekanan darah tinggi pulmonari berterusan


http://pengguna.org.my/index.php/utama/buku/product/view/3/44

alt

alt

alt

alt

alt