Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

SAM Kesal Jeti Nelayan Chukai Terlalu Uzur

Kerajaan Terengganu Dan LKIM Digesa Bertindak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Terengganu dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jeti nelayan di Chukai daerah Kemaman di sini yang telah lama uzur serta membahayakan keselamatan pengguna.

Masalah yang di hadapi oleh 200 nelayan pantai di kawasan ini telah berlalu sejak lebih 10 tahun yang lalu tetapi hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab walau pun perkara tersebut telah beberapa kali dilaporkan.

Kaji Semula Faktor Keselamatan Operasi Kren

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menyemak semula dan mengetatkan lagi prosedur berhubung keselamatan operasi kren, memandangkan peningkatan bilangan kemalangan kren. Dalam satu kemalangan yang melibatkan kren di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini, dua pekerja di atas kren cedera dan seorang penunggang motorsikal terbunuh. Insiden ini menimbulkan beberapa persoalan berkaitan keselamatan kerja dan jalan raya. Siasatan segera perlu dijalankan.

Pujian Kepada Jabatan Polis Terhadap Tindakan Tegas

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan tahniah kepada Jabatan Polis kerana mahu mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan memiliki bunga api dan mercun.

Dilaporkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis akan bertindak tegas ke atas mereka yang memiliki bahan letupan kerana melanggar Seksyen 8 Akta Letupan 1957. Jika didapati bersalah mereka boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun, denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga menegaskan bahawa pihak polis berkuasa untuk “memasuki atau mengeledah dan mencari mana-mana rumah, premis atau bangunan lain atau tempat atau mana-mana kenderaan, kapal atau kapal terbang yang dinyatakan dalam waran dan untuk menyiasat semua orang yang terlibat”.

Kes lif terjunam semakin meningkat

Terdapat banyak kes lif yang dilaporkan terjunam daripada beberapa tingkat dan turut mencederakan penumpangnya. Dalam kejadian terbaharu di Lumut, ia berakhir dengan kematian.

Hak Kerahsiaan Data Kesihatan Peribadi Dicabuli

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang oleh beberapa berita baru-baru ini bahawa sekumpulan penggodam telah menceroboh ke dalam sistem hospital kerajaan dan swasta dan mencuri data kesihatan peribadi berpuluh ribu individu – data ini kemudiannya dijual kepada syarikat farmasi melalui sindiket penjualan maklumat.

Implikasi kecurian siber ini amat menakutkan sekali kerana kerajaan kita dan pelbagai agensi cuba untuk mendapatkan apa sahaja (transaksi perbankan, mengisi borang, membuat aduan dan sebagainya) secara dalam talian, sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau kita; bagaimanapun terdapat kemungkinan besar bahawa kita tidak benar-benar mempunyai jaminan keselamatan untuk menyokong langkah ini – sebagaimana jelas dalam insiden ini. Laporan berita menyatakan bahawa 10,000 kes jenayah siber dilaporkan setiap tahun dengan anggaran kerugian wang bersamaan lebih daripada RM2.7 juta; dan jenayah ini sebahagian besarnya melibatkan penipuan dalam talian dan menggodam pelayan komputer.

Skim BL1M lebih baik atau lebih buruk?

Majoriti kematian akibat kemalangan di jalan raya membabitkan penunggang motosikal terutama sekali penunggang muda. Pengenalan skim Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) hanya akan memburukkan lagi situasi semasa. Sebagai ganti, pihak berkuasa perlu memberikan tumpuan bagi menyediakan pengangkutan awam yang lebih cekap, mampu dan boleh diharapkan dan mengurangkan bilangan kenderaan milik persendirian di jalan raya.

alt

alt

alt

alt

alt