Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Kesesakan Teruk Di Kawasan Little India

Amat malang sekali apabila pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menganggap tiada salahnya untuk merampas hak pengguna jalan raya atas nama merayakan satu festival di Little India. MBPP perlu menanyakan dirinya sendiri sejauh mana perlu dan bermanfaatnya idea memasang kanopi di kedua-dua belah jalan raya kepada orang awam.

Laksanakan Kesemua 51 Saranan Mencegah Kemalangan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kecewa dengan kemalangan yang berlaku berhampiran Terowong Menora pada 10 Julai lalu. Ini kerana mungkin ramai yang akan terkorban apabila sebuah bas ekspres merempuh 10 buah kereta dalam laluannya. Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika semua pihak bekerjasama namun bukan begitu keadaannya.

Selama bertahun-tahun kita tidak pernah kekurangan saranan mengenai langkah-langkah untuk mencegah kemalangan di jalan raya. Malah selepas kemalangan yang membabitkan bas pada 21 Ogos 2013 di Genting Highlands, sebuah panel penasihat bebas kepada Menteri Pengangkutan telah ditubuhkan. Ia dianggap tragedi paling buruk dalam kemalangan yang meragut nyawa di mana 37 nyawa terkorban termasuklah pemandu bas. Panel itu kemudian menyerahkan laporannya berserta 51 saranan kepada Menteri Pengangkutan pada Januari 2014. Persoalannya, berapa banyakkah antara saranan itu yang telah dilaksanakan?

Halangan Lalu Lintas Di Little India

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil tindakan ke atas kanopi yang menghalang jalan (terutamanya Lebuh China, Lebuh Pinang, Lebuh King dan Lebuh Pasar) di Little India.

Tinjauan CAP baru-baru ini mendapati pemasangan kanopi tertumpu di sepanjang bahagian Lebuh China, Lebuh Pinang, Lebuh King dan Lebuh Pasar.

Lagi korban jalan raya menjelang Hari Raya?

Kita sekarang sedang berada di ambang keghairahan untuk balik kampung bagi menyambut Hari Raya tidak kira apa jua halangan yang ada. Bagi ramai orang, ia merupakan saat terbaik untuk bertemu sanak saudara dan menyambung silaturrahim sempena kedatangan Aidil Fitri. Namun kegembiraan itu boleh bertukar menjadi dukacita dan kesedihan  bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga yang terbabit dalam kemalangan jalan raya. Sungguhpun Ops Selamat IX akan dilaksanakan sepenuhnya, apakah yang boleh kita harapkan daripada operasi seumpamanya?

Melalui pemerhatian kami, sebahagian besar operasi tersebut ternyata gagal tahun demi tahun kerana jumlah mangsa yang terkorban terus meningkat.

Polis mesti menyiasat kejadian di blockade Orang Asli di Gua Musang

SAM berasa amat gusar tentang laporan media yang melaporkan tentang bagaimana masyarakat Orang Asli di Gua Musang, Kelantan, telah diperlakukan setelah mereka mendirikan sebuah blockade untuk menghalang operasi pembalakan pada September 27.

Menurut Mustafa Along, setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), sekitar jam 2 petang pada September 28, wakil-wakil syarikat pembalakan telah datang ke lokasi blockade bersama sekumpulan individu dengan beberapa buah kenderaan persendirian. Para penduduk percaya bahawa pihak polis, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan wakil dari dua buah media turut bersama di dalam kumpulan tersebut.

Motosikal Jentera Pembunuh

Penunggang motosikal merupakan pengguna jalan raya yang paling mudah terjejas akibat ketidakstabilan jentera itu serta amat sedikit atau tiada perlindungan ketika berlakunya kemalangan. Perkara ini ditambah pula dengan sikap penunggang motosikal itu sendiri dan kurangnya penguatkuasaan telah menyebabkan bencana besar di jalan raya kita. Tidak kira sama ada pihak berkuasa atau orang ramai yang sensitif atau serius dengan situasi ini. Kematian di jalan raya hanya menjadi satu perangkaan kepada mereka.

Setiap tahun secara purata terdapat kira-kira 465,000 kemalangan di jalan raya yang mengakibatkan hampir 7,000 kematian. Enam puluh peratus atau 4,200 kematian disumbangkan oleh penunggang motosikal dan 40% daripada penunggang motosikal itu adalah di dalam kumpulan usia 16 hingga 25 tahun.

alt

alt

alt

alt

alt