Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Barangan Tidak Bermutu Banjiri Pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati barangan tidak bermutu termasuk kunci, peralatan menulis, beg sekolah, jam, barangan elektrik, kasut, dan alat permainan menbanjiri pasaran ketika tinjauan ke pasaran dilakukan baru-baru ini.

Sesetengah barangan ini berharga serendah RM2, harganya adalah sebahagian kecil daripada produk sama dengan kualiti yang lebih baik tetapi kelihatan popular dalam kalangan pengguna daripada kumpulan berpendapatan rendah.

CAP berpendapat adalah sama ada produk ini memenuhi keperluan keselamatan produk kerana tiada gunanya harga yang murah jika ia tidak selamat untuk penggunaan pengguna.

Adakan Pemeriksaan Keselamatan DOSH Yang Lepas Tidak Benar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bingung dengan fakta oleh DOSH yang telah melaporkan bahawa mereka telah menutup menara kren kerana melanggar pelbagai langkah keselamatan dan penyelenggaraan dan mereka mendapati pekerja kren menggunakan lesen kelayakan palsu, walaupun mereka mendakwa mereka telah menjalankan pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan setiap 15 bulan.

Selepas kematian tragik Joice Chin Khoon Sing, yang terbunuh apabila penyangkut kren jatuh ke atas keretanya ketika beliau sedang memandu, DOSH mengumumkan bahawa mereka akan bertindak untuk melakukan pemeriksaan ke atas tapak pembinaan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang untuk memeriksa sama ada kren itu berfungsi dengan baik dan pekerjanya adalah yang sah.

SIASAT BOT PUKAT TUNDA TERLIBAT TRAGEDI DI TG DAWAI : CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Kedah menyiasat bot pukat tunda yang turut terlibat dalam kejadian bot penambang terbalik di Tanjong Dawai kelmarin.

Tiada Perubahan Selepas Setahun Sejak DOSH Melaporkan 92% Tapak Pembinaan Melanggar Spesifikasi Keselamatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan sedih dengan berita seorang pemandu kereta mati akibat dihempap oleh cangkuk kren yang jatuh dan menimpa keretanya ketika beliau sedang memandu melalui tapak pembinaan sepanjang Jalan Raja Chulan pada Khamis lepas.

Sejak kematian Chin Khoon Sing, semua pihak yang berkenaan – kontraktor, pemaju dan DOSH – menyuarakan hasrat mereka untuk menyiasat insiden itu sehingga ke puncanya.

JETI NELAYAN SUNGAI TENGAH, CHANGKAT PERLU DINAIK TARAF DAN DITAMBAH BAIK

Laluan pendaratan ikan yang kurang sempurna.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pihak-pihak lain yang berkenaan mengambil inisiatif bagi mengatasi masalah kemudahan asas jeti nelayan Sungai Tengah di Changkat daerah Seberang Perai Selatan yang perlu dinaik taraf untuk keselesaan serta keselamatan nelayan di sini.

Masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan pantai di kawasan ini telah berlaku sejak beberapa tahun lalu namun sehingga kini dipercayai masih tiada sebarang tindakan yang berkesan diambil oleh pihak-pihak bertanggungjawab walaupun perkara ini telah dikemukakan beberapa kali oleh nelayan-nelayan terbabit.

Perbetulkan Kekurangan Dalam Sistem Pengangkutan Jalan Tanpa Penangguhan

Lebih dua tahun sudah berlalu sejak Panel Penasihat kemalangan Genting Highlands menyerahkan 51 cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk memperbaiki sistem keselamatan jalan kebangsaan secara menyeluruh.

Kemalangan kenderaan komersial dan awam menunjukkan betapa terdapat kecacatan dan kekurangan yang serius dalam sistem pengangkutan jalan yang tidak dipedulikan dengan begitu lama.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terus mempersoalkan kelewatan dan sikap sambil lewa serta lambat bertindak yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa.

alt

alt

alt

alt

alt