Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

HARAMKAN Permainan yang Membunuh

Blue Whale, kedengaran seperti projek ekologi tetapi ia sebenarnya bertentangan kerana ia merupakan satu permainan yang membunuh di mana kita perlu sentiasa berjaga-jaga mengenainya. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) prihatin mengenai langkah kerajaan untuk menjauhkan Blue Whale daripada Malaysia. Apakah permainan ini dan bagaimana untuk kita memastikan keselamatan anak-anak kita?

VeronikaVolkova, 16, dan YuliaKonstantinova, 15, dari Rusia terjun dari apartmen bersama pada Februari 2017. J. Vignesh, 19, dari India menggantung dirinya pada September 2017. Sebelum itu, seorang budak lelaki berusia 14 tahun dari Mumbai terjun dari tingkat lima dan Manoj C Manu, 16, dari Kerala, menggantung dirinya pada Julai tahun yang sama. Mangsa ini dan 150 yang lain dari Rusia, AS, UK, Itali, Brazil, Argentina, Portugal dan India membunuh diri dikatakan mempunyai kaitan dengan cabaran permainan dalam talian yang dipanggil Blue Whale.

Bumbung Stadium Terengganu runtuh – Keselamatan pekerja dan orang awam mencapai peringkat teruk

Tidak sampai empat tahun yang lalu, 60 peratus daripada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta telah runtuh dengan kerosakan bernilai antara RM15 hingga RM25 juta. Mujur tidak berlaku sebarang kematian.

Haiwan Ternakan Juga Perlu Perlindungan Daripada Api

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat terganggu apabila mendapati kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Yong Peng, Batu Pahat, Johor itu melibatkan reban ayam yang hangus terbakar bersama dengan 74,000 anak ayam. Walaupun insiden kebakaran seperti itu yang membunuh beribu anak ayam itu adalah kejadian yang berlaku sekali sekala, kebakaran bangsal kurang menarik perhatian awam daripada sepatutnya kerana ia berlaku di kawasan luar bandar, sering jauh daripada pusat penduduk utama. Bagaimanapun, perkara ini tidak seharusnya dilihat sebagai perkara remeh temeh tetapi perlu dilihat dengan lebih serius oleh pihak berkuasa pertanian.

Terbakar ketika masih hidup merupakan satu cara kematian yang amat menyakitkan. Apabila suhu mula meningkat disebabkan oleh kebakaran, pada asasnya ia mewujudkan kesan api yang tersebar dengan cepat yang membakar seluruh bangsal ayam itu. Seringkali, terdapat tidak ramai pekerja yang boleh melakukan sesuatu untuk membantu haiwan itu. Sebaik sahaja pihak Bomba tiba ianya susah terlambat. Ayam-ayam ini akan terus lemas dan terbakar sehingga mati, manakala pihak Bomba terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk memadamkan kebakaran yang boleh membawa maut. Tambahan lagi, pekerja ladang dan mereka yang pertama memberikan maklum balas juga menghadapi risiko setiap kali berlaku kebakaran.

CAP GESA JALAN DI PASAR BESAR SENA,KANGAR DIBAIKI SEGERA

Jalan berlubang di Pasar Besar Sena yang merbahayakan pengguna.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil tindakan membaiki jalan yang rosak teruk di sekitar Pasar Besar Sena di Kangar dengan segera.

Masalah yang sudah lama berlaku itu bukan saja menjejaskan keselesaan para pengguna yang berkunjung ke pasar tersebut malah keadaan ini juga boleh mengancam keselamatan mereka jika terus dibiarkan berlarutan.

Asbestos: Pembunuh senyap

Dalam beberapa minggu yang lalu, kebimbangan berhubung keracunan asbestos telah ditimbulkan di dalam media cetak tempatan dan sememangnya ia benar! Bahan serat yang berlaku secara semula jadi ini dengan ketahanan terhadap haba panas dan api telah dikenal pasti sebagai ancaman serius kepada nyawa manusia di Negara Barat dan seberapa boleh yang mungkin hendaklah dielakkan sama sekali.

PENGHARAMAN MERCUN: SIAPA LAGI YANG DITAHAN DAN DIDAKWA?

Dua lelaki masing-masing dikenakan denda RM6,000 dan hukuman penjara selama empat hari kerana didapati bersalah memiliki mercun secara haram ketika berlangsung perlawanan bola sepak di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang pada 11 Februari 2017 yang lalu.

Salah seorang lelaki tersebut memiliki 12 mercun sementara seorang lagi memiliki empat mercun.

alt

alt

alt

alt

alt