Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Mainan Kejutan Untuk Kanak-Kanak

Di samping beberapa alat permainan berbahaya yang dijual di pasar raya, kedai dan gerai di seluruh negara, terdapat alat permainan baharu yang mampu untuk memberikan kejutan elektrik kini telah muncul kembali.

Perkara ini telah diperolehi dalam satu tinjauan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan kami telah membeli “Shock Chewing Gum” dengan harga RM6.00.

Bentuknya seakan-akan gula-gula getah Wrigley’s yang lengkap dengan ramuannya. Kepingan ‘gula-gula getah’ ini menjulur keluar untuk ditarik. Apabila seseorang itu menarik ‘gula-gula getah’ ini, ia akan mencetuskan suis yang menghantar caj elektrik melalui tangan seseorang itu. Orang ini akan merasa kejutan elektrik melalui tangannya.

Bukti penyakit dan kanser dalam kalangan pekerja elektronik semakin meningkat: Kesatuan global mencabar industri elektronik supaya mencegah bahaya dari bahan kimia toksik

Electronic Industry Citizenship Coalition (EICC), kesatuan industri mewakili lebih 100 syarikat elektronik, bertemu di Brussels pada 16 Mac 2015 untuk membincangkan strategi pengurusan bahan kimia. Pada pertemuan itu, cabaran rasmi kepada industri elektronik ditandatangani oleh lebih daripada 200 kumpulan masyarakat sivil dari negara pengeluar elektronik dan di seluruh dunia telah disampaikan, menggesa pihak industri mengambil tindakan berkesan untuk mencegah bahaya dan bertanggungjawab kepada pekerja dan komuniti berdekatan dengan menambahbaik keselamatan bahan kimia.

Little India Berpotensi Menjadi Kawasan Bahaya Kebakaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak bersetuju dengan pendapat Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia Pulau Pinang (MICCI), Datuk N. Gobalakrishnan dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berhubung pemasangan kanopi sementara di kawasan Little India.

Ia bukan hanya melibatkan bahaya pemasangan kanopi yang menghalang jentera Bomba dan Ambulan daripada memasuki kawasan Little India tetapi bangunan itu sendiri adalah bahaya kebakaran.

Jalanraya Mengancam Hidupan Liar

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa amat terkejut dengan kekerapan berlakunya kematian di jalan raya yang melibatkan spesies terancam. Dilaporkan sejak 2011, haiwan liar seperti musang, babi hutan, marbled cats, tapirs dan lain-lain terbunuh akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kalangan hidupan liar, mamalia merupakan bilangan tertinggi haiwan yang terbunuh dalam kemalangan ini, melibatkan 1,110 kematian.

Lapan Puluh Organisasi Gesa Lisa Jackson Hentikan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Apple

Pada 10 Jun 2014, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyertai lebih daripada 80 organisasi hak asasi manusia dan alam sekitar, serta profesional kesihatan pekerjaan menghantar surat kepada Lisa Jackson, Naib Presiden Hal Ehwal Alam Sekitar Apple menggesa syarikat itu menyingkirkan bahan kimia berbahaya daripada kilang pembekal dalam usaha untuk melindungi pekerja daripada penyakit serius.

Bencana Kebakaran Bangunan Pencakar Langit di Malaysia?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) begitu terkejut dengan berita kebakaran besar Grenfell Tower di London bulan lalu. Memandangkan bangunan pencakar langit tumbuh bak cendawan di negara kita, tidak sukar untuk kita membayangkan bencana sama juga boleh berlaku di Malaysia. Lebih menakutkan trend pembangunan semasa di negara ini membabitkan pembinaan bangunan pencakar langit. Sehubungan itu, lebih ramai penghuni yang akan mendiami bangunan yang boleh menjadi perangkap maut itu.

Berdasarkan aduan yang kami terima daripada penghuni bangunan tinggi dan bangunan pencakar langit lain, kita berdepan dengan hakikat bahawa sebahagian besar faktor yang menyumbang kepada bencana flat perumahan awam yang berlaku pada 14 Jun di Utara Kensington, London itu sama dengan isu-isu yang dihadapi oleh penghuni bangunan tinggi di  negara kita.

alt

alt

alt

alt

alt