Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tesco: Kenapa amalkan dwistandard?

Encik S. M. Mohamed Idris menunjukkan penutup keselamatan pada penccu tandas jenama lain.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan amalan Tesco yang dwistandard dalam aspek pembungkusan beberapa produk Tesco. Kajian pasaran kami mendapati bahawa aspek keselamatan barangan Tesco yang dijual di Malaysia bukan mengikuti standard bersamaan dengan barangan Tesco yang dijual di United Kingdom (UK).

Pencuci mengkuk tandas Tesco dengan penutup.

CAP telah menerima aduan mengenai penjualan pencuci tandas jenama Tesco dalam pembungkusan yang tidak selamat yang mana item yang dijual di Malaysia tidak mempunyai penutup yang sukar untuk dibuka oleh kanak-kanak, seperti yang dijual di UK. Semakan beberapa jenama lain di rak mendapati bahawa produk-produk ini mempunyai penutup ynag mempertimbangkan aspek keselamatan tersebut.

Kami kecewa bahawa syarikat multinasional ini yang juga menjual barangan jenama sendiri di pasarayanya di Asia dan Eropah, memberi keutamaan rendah terhadap keselamatan kanak-kanak Malaysia berbanding dengan UK.

Pembungkusan yang selamat untuk kanak-kanak, dalam kes ini dengan penutup yang mempunyai ciri keselamatan khas adalah perlu untuk mengurangkan risiko kanak-kanak daripada terdedah kepada produk berbahaya seperti peluntur, produk pembersihan serta barangan kimia lain yang digunakan di rumah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNICEF menyatakan bahawa ciri pembungkusan yang selamat adalah salah satu kejayaan terbaik dalam mencegah kemalangan keracunan dalam kalangan kanak-kanak.

Tidak kira sama ada wujud standard untuk pembungkusan produk berbahaya isirumah di Malaysia. Sesebuah syarikat perlu mengamalkan standard yang sama seperti negara asalnya dan tidak menggunakan pembungkusan yang tidak boleh diterima dalam pasaran tempatan mereka.

Kami menggesa Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd menarik balik semua produk berbahaya isirumah yang tidak mempunyai pembungkusan yang selamat, khasnya untuk kanak-kanak. Kerajaan Malaysia juga perlu memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan untuk produk berbahaya seperti ini diutamakan.

Kami menasihatkan pengguna untuk menggunakan bahan-bahan semula jadi atau alternatif seperti cuka, baking soda, minyak pati, jus lemon atau asid sitrik untuk membersihkan mangkuk tandas.

Kenyataan Media, 23 September 2016

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt