Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bukti penyakit dan kanser dalam kalangan pekerja elektronik semakin meningkat: Kesatuan global mencabar industri elektronik supaya mencegah bahaya dari bahan kimia toksik

Electronic Industry Citizenship Coalition (EICC), kesatuan industri mewakili lebih 100 syarikat elektronik, bertemu di Brussels pada 16 Mac 2015 untuk membincangkan strategi pengurusan bahan kimia. Pada pertemuan itu, cabaran rasmi kepada industri elektronik ditandatangani oleh lebih daripada 200 kumpulan masyarakat sivil dari negara pengeluar elektronik dan di seluruh dunia telah disampaikan, menggesa pihak industri mengambil tindakan berkesan untuk mencegah bahaya dan bertanggungjawab kepada pekerja dan komuniti berdekatan dengan menambahbaik keselamatan bahan kimia.

Lapan Puluh Organisasi Gesa Lisa Jackson Hentikan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Apple

Pada 10 Jun 2014, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyertai lebih daripada 80 organisasi hak asasi manusia dan alam sekitar, serta profesional kesihatan pekerjaan menghantar surat kepada Lisa Jackson, Naib Presiden Hal Ehwal Alam Sekitar Apple menggesa syarikat itu menyingkirkan bahan kimia berbahaya daripada kilang pembekal dalam usaha untuk melindungi pekerja daripada penyakit serius.

Bumbung Stadium Terengganu runtuh – Keselamatan pekerja dan orang awam mencapai peringkat teruk

Tidak sampai empat tahun yang lalu, 60 peratus daripada bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta telah runtuh dengan kerosakan bernilai antara RM15 hingga RM25 juta. Mujur tidak berlaku sebarang kematian.

Asbestos: Pembunuh senyap

Dalam beberapa minggu yang lalu, kebimbangan berhubung keracunan asbestos telah ditimbulkan di dalam media cetak tempatan dan sememangnya ia benar! Bahan serat yang berlaku secara semula jadi ini dengan ketahanan terhadap haba panas dan api telah dikenal pasti sebagai ancaman serius kepada nyawa manusia di Negara Barat dan seberapa boleh yang mungkin hendaklah dielakkan sama sekali.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt