Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Satu Lagi Kemalangan Di Tapak Pembinaan Akibat Penggunaan Struktur Sementara Yang Tidak Bermutu

Kami amat terkejut dan kecewa apabila sebuah lagi bangunan yang sedang dalam pembinaan mengalami keruntuhan lantainya. Seperti juga insiden yang berlaku di Alor Gajah dua bulan yang lalu, struktur sementara yang menyangga lantai tidak begitu kukuh. Dilaporkan bahawa barangan kitar semula yang tidak bermutu digunakan sebagai struktur sementara. Kenapa pihak kontraktor memutuskan bahawa kaedah itu adalah cara terbaik untuk dilakukan?
Berikut adalah beberapa teori CAP:

· Mengurangkan kos: Menggunakan bahan murah di tempat yang mereka fikir tiada siapa yang akan menyedarinya.

· Terburu-buru dalam melaksanakan kerja: Kontraktor memutuskan mereka perlu hanya mengambil peluang daripada apa sahaja untuk menyangga lantai itu sementara memesan dan menunggu struktur sementara yang lebih sempurna dihantar ke tapak pembinaan.

· Melayan pekerja sebagai boleh dikorbankan: Tidak kisah meletakkan pekerja mereka dalam bahaya kerana jika berlaku apa-apa mereka boleh “diganti”.

CAP sekali lagi ingin menekankan akan kepentingan keselamatan di tapak pembinaan. Hanya kerana majoriti pekerja pembinaan adalah pekerja asing yang datang ke sini untuk melakukan kerja kasar (pekerja tempatan terlalu memilih untuk melakukannya), tidak bermakna nyawa mereka lebih murah berbanding kita. Apabila kontraktor membenarkan tapak pembinaan mereka menjadi terlalu berbahaya, mereka menunjukkan bahawa mereka tidak kisah jika pekerja mereka mati – mungkin mereka didorong oleh prejudis, kita tidak pernah tahu. Bagaimanapun, apa yang kita pasti mereka ini tidak seharusnya diberikan keistimewaan dan bertanggungjawab dalam menjaga nyawa sesiapa sahaja. Jadi kenapa kontraktor ini masih beroperasi?

Selepas insiden di Alor Gajah pada 23 Jun 2015, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem menyebut bahawa 92.5% tapak pembinaan di negara ini tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) dan 2,797 notis telah dikeluarkan, 72 kompaun dikenakan dan 63 kes telah dibawa ke mahkamah. Laporan berita yang disiarkan pada 13 Ogos 2015 menyatakan DOSH telah mengadakan pemeriksaan mengejut di seluruh negara dan mereka tidak akan berkompromi dengan kontraktor yang menyeleweng. Ini menimbulkan persoalan bagaimana insiden ini boleh berlaku.

Tambahan lagi, apakah hasil daripada 63 kes yang dibawa ke mahkamah? Adakah sesiapa sebenarnya melakukan kajian ke atas keberkesanan dalam mengeluarkan notis dan mengenakan kompaun? Adakah ia mempunyai kesan ke atas sikap dan seterusnya tingkah laku kontraktor terhadap keselamatan pekerja dan tapak pembinaan?

Akhir sekali setiap kali kita melihat kejadian yang berlaku kita akan menyatakan cukuplah dengan kejadian itu, malangnya kejadian yang sama berlaku. Kini tiba masanya untuk membuat perubahan dan perubahan mestilah bermula dengan setiap orang dalam industri bangunan, kontraktor, arkitek dan pemaju dan badan kerajaan berkaitan seperti DOSH, Kementerian Perumahan dan majlis tempatan setiap negeri. Kami menggesa supaya pihak kementerian menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti keberkesanan undang-undang keselamatan dan penguatkuasaan di tapak pembinaan.


Kenyataan Akhbar, 14 Ogos 2015

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt