Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tutup sahaja industri pembinaan

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita lantai mezzanine di sebuah pasar raya di Alor Gajah tiba-tiba roboh hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pekerja. Kini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita bahawa 92.5% tapak pembinaan di negara ini tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan. 

Persoalannya, adakah Malaysia perlu berhenti membina bangunan? Ini mungkin satu-satunya cara yang boleh diambil bagi memastikan pekerja binaan mahupun penghuni bangunan tidak menemui ajal atau mengalami kecederaan gara-gara sikap tidak bertanggungjawab kontraktor yang cuba menjimatkan kos, walaupun itu bermakna tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan terbabit, dari segi masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu projek, bahan-bahan binaan yang digunakan dan keselamatan di tempat kerja. Kita seolah-olah tidak dapat mempercayai pihak kementerian berhubung isu tapak keselamatan yang berbahaya memandangkan kemalangan di tapak binaan perlu berlaku terlebih dahulu sebelum mereka memandang serius perkara ini.

Tambahan pula, meskipun apabila sesuatu tapak binaan didapati tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan, bukan semua kontraktor dihadapkan ke mahkamah – kebanyakannya sekadar diberikan notis atau dikenakan denda. Adakah denda itu sama nilainya dengan nyawa manusia? Sememangnya tidak! Tetapi nampaknya buat masa sekarang seolah-olah itulah hukuman yang setimpal bagi kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu, sehingga kontraktor dipertanggungjawabkan bagi segala tindakan yang mereka ambil dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan tapak binaan dan nyawa pekerja masing-masing, industri pembinaan sebaiknya mungkin perlu ditutup sahaja.


Kenyataan akhbar, 1hb. Julai 2015

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt