Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Pekerja asing tidak boleh dikorbankan

Berita mengenai tingkat lantai sebuah pasar raya besar yang sedang dalam pembinaan runtuh di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka amat mengejutkan. Laporan menyatakan tingkat lantai itu runtuh apabila penyangganya dikeluarkan. Lima belas pekerja asing yang menjadi mangsa dikatakan berada di dalam bangunan pada ketika itu menyebabkan tiga kematian, enam cedera manakala enam lagi masih hilang.
Hakikat bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dan anggota penyelamat lain dari pelbagai jabatan bertindak balas kepada situasi yang mencemaskan itu dengan baik adalah satu perkara. Insiden ini pertama sekali tidak seharusnya berlaku. Kenapa pekerja asing mengeluarkan penyangga jika simennya belum sempurna? Siapakah yang mengarahkan mereka supaya mengalih penyangga itu? Di manakah pegawai keselamatan bagi tapak pembinaan itu ketika kejadian itu berlaku? Sudah tentu terdapat prosedur mandatori yang perlu diikuti untuk memastikan perkara itu tidak berlaku.

Sejak akhir-akhir ini sering berlaku begitu banyak kemalangan di tapak pembinaan. Pada tahun ini sahaja banyak kejadian yang mengakibatkan kematian pekerja binaan. Adakah orang yang bertanggungjawab telah didakwa akibat kematian ini? Orang ramai masih dalam kegelapan mengenai apakah tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab, jika sebarang tindakan telah diambil sepenuhnya. Sesuatu yang jelas tidak kena dengan industri pembinaan.

CAP menggesa supaya pihak kementerian menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti semua kemalangan di tapak pembinaan yang berlaku pada masa kini dan masa lalu dan mendedahkan hasil penyiasatan mereka kepada orang ramai.
Seterusnya, mereka yang bertanggungjawab perlu didakwa di bawah Undang-undang Jenayah jika mereka didapati cuai ketika berlaku kemalangan dan kecuaian mereka mengakibatkan kematian pekerja binaan memandangkan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSHA) menyatakan bahawa majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerja mereka.


Kenyataan media, 25 Jun 2015


Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt