Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Bukti penyakit dan kanser dalam kalangan pekerja elektronik semakin meningkat: Kesatuan global mencabar industri elektronik supaya mencegah bahaya dari bahan kimia toksik

Electronic Industry Citizenship Coalition (EICC), kesatuan industri mewakili lebih 100 syarikat elektronik, bertemu di Brussels pada 16 Mac 2015 untuk membincangkan strategi pengurusan bahan kimia. Pada pertemuan itu, cabaran rasmi kepada industri elektronik ditandatangani oleh lebih daripada 200 kumpulan masyarakat sivil dari negara pengeluar elektronik dan di seluruh dunia telah disampaikan, menggesa pihak industri mengambil tindakan berkesan untuk mencegah bahaya dan bertanggungjawab kepada pekerja dan komuniti berdekatan dengan menambahbaik keselamatan bahan kimia.

Kanser di kilang Samsung, Korea Selatan

Yumi Hwang, 21, mati akibat leukaemia pada 6 Mac 2007 selepas bekerja beberapa tahun di kilang cip Samsung. Di mahkamah, penyakitnya akhirnya diakui sebagai kes penyakit pekerjaan, tetapi hanya selepas lapan tahun perjuangan dalam perundangan. Seramai 35 pekerja di kilang cip Yumi dan satu lagi kilang di Korea Selatan menghidap leukaemia atau limfoma. Sepuluh telah meninggal dunia sejak 2007.

Hari ini, pekerja elektronik di Asia dan Amerika Latin terus mengalami pendedahan kepada bahaya bahan kimia. Pertubuhan masyarakat sivil melaporkan beratus-ratus kes pekerja pengeluaran elektronik yang jatuh sakit dalam tempoh lima tahun lepas di China, Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain negara akibat terdedah kepada benzena dan bahan kimia lain yang amat toksik digunakan dalam pembuatan. Kami tidak mengetahui situasi sebenar di Malaysia di mana industri elektronik berteknologi tinggi merupakan salah satu industri pembuatan utama Malaysia.

Industri Elektronik Dicabar

Lebih 200 kumpulan buruh, pertubuhan alam sekitar, pakar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pertubuhan hak asasi manusia dan kumpulan masyarakat sivil lain diketuai oleh GoodElectronics Network dan International Campaign for Responsible Technology (ICRT) mengemukakan ‘Cabaran’ kepada industri elektronik, yang menggariskan kebimbangan dan tuntutan berhubung keselamatan bahan kimia. Kumpulan di Malaysia yang menandatangani cabaran itu adalah Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia dan Kesatuan Pekerja Industri Elektrik (EIWU).

Cabaran itu menekankan kepentingan untuk mendedahkan (disclosure), penggantian bahan kimia berbahaya dengan alternatif yang lebih selamat, perlindungan pekerja, kebebasan berpersatuan, penyertaan pekerja dalam pemantauan tempat kerja, perlindungan alam sekitar, dan keperluan untuk pampasan pekerja, komuniti dan alam sekitar yang terjejas. Pihak industri perlu bertanggungjawab dan mengambil tindakan berkesan melangkaui standard semasa mereka yang lemah dan sistem audit yang tidak berkesan.

“Adalah menghairankan bahawa kebanyakan syarikat paling celik teknikal di dunia, yang nama mereka berada pada barangan elektronik kita, berkata mereka masih tidak mengetahui semua bahan digunakan dalam produk mereka sendiri atau dalam rantaian bekalan kilang pengeluaran mereka,” kata Ted Smith dari ICRT: “Apa yang kita perlukan daripada industri ini ialah pekerjaan yang selamat dan keluarga yang sihat, di mana anak generasi akan datang sepenting generasi cip akan datang.”

GoodElectronics dan ICRT telah meminta pihak industri memberikan maklumbalas kepada Cabaran tersebut. EICC telah menubuhkan pasukan petugas bahan kimia. Bagaimanapun, wakil industri mengakui bahawa audit biasa korporat mereka yang tidak menemui penyakit disebabkan bahan kimia berkaitan kerja adalah merupakan masalah. “Audit korporat ini tidak membongkar pendedahan bahan kimia dan pencabulan hak buruh lain sepanjang rantaian bekalan,” kata Pauline Overeem, Koordinator GoodElectronics Network. “Jelas terdapat hubungan yang terputus antara penemuan audit dan realiti ngeri dalam banyak kilang. Sebab itulah kami mencabar pihak industri supaya membersihkan tindakannya kini.”

Pihak industri, kerajaan dan pihak lain yang terlibat dalam kitaran hayat produk elektronik dari ekstrak bahan dan pemprosesan hinggalah kepada pembuatan produk, pengedaran, peruncitan, penggunaan dan kitar semula selepas penggunaan dan pelupusan mestilah mengurangkannya secara proaktif dan menghapuskan bahan kimia dan bahaya fizikal melalui pembangunan dan melaksanakan alternatif yang lebih selamat.

S. M. Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang


Nota untuk akhbar

Contact persons at GoodElectronics and ICRT:

-- Ted Smith | Coordinator International Campaign for Responsible Technology | JLIB_HTML_CLOAKING | +1.408 242 6707 | USA | http://www.icrt.co

-- Pauline Overeem |Coordinator GoodElectornics Network | JLIB_HTML_CLOAKING | +31.6 41344385 | Netherlands | http://goodelectronics.org

Maklumat Lanjut

The Challenge adalah dilampirkan dan boleh dirujuk di

http://www.icrt.co/images/pdf_files/Challenge_to_the_electronics_industry.pdf

Pautan kepada cerita dari pekerja

Supporters for Health and Rights of People in the Semiconductor Industry (SHARPS), a worker rights group in South Korea, has documented a total of 193 workers who developed cancers or other illnesses at various Samsung plants in Korea, 73 of whom died. They have identified another 50 victims at other (non-Samsung) semiconductor plants in Korea, 19 of whom have died. See https://stopsamsung.wordpress.com

Workers at the now-closed plant of RCA, an American consumer electronics brand, in Taoyuan County, Taiwan, say that toxic chemicals caused nearly 1000 cancer cases, and 157 deaths. Following a long legal battle in a lawsuit filed by former workers, a Taipei court is expected to issue a ruling in this case in April 2015. Coverage of Taiwan workers’ lawsuit against RCA: http://thinking-taiwan.com/rca-taiwan-ex-workers-quest-for-justice-could-end-soon and http://www.taipeitimes.com/News/local/archives/2001/03/31/79789

Siaran Akhbar 17 Mac 2015

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt