Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Sampai Bila Kematian di Tempat Kerja Akan Berakhir?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan berita seorang pekerja Bangladesh yang maut akibat terjatuh ke dalam dandang sisa yang dipenuhi dengan minyak mendidih di sebuah kilang kelapa sawit di Jasin, Melaka.

Menurut laporan, pekerja asing itu sedang memasang paip untuk penyiram api di atas bumbung bangunan apabila beliau secara tiba-tiba terjatuh ke dalam dandang itu. Beliau juga dikatakan tidak memakai sebarang peralatan perlindungan diri (PPE) ketika menjalankan kerjanya itu.

CAP sering dari semasa ke semasa menekankan agar tindakan pencegahan bagi keselamatan yang lebih sempurna amat penting ketika menjalankan kerja sepertimana yang dilakukan oleh mangsa bagi mencegah berlakunya kehilangan nyawa.

Pihak Polis mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai kemalangan dan bukannya insiden khianat atau jenayah; tetapi terdapat persoalan lain yang juga perlu ditanyakan. Contohnya, adakah mangsa Md Abdul Manan Molla disediakan dengan peralatan PPE penting bagi jenis kerja ini, adakah beliau mempunyai kemahiran atau sijil yang diperlukan untuk menjalankan kerja seperti itu dan adakah sesiapa yang memantau/menguruskan kerjanya itu?

Adakah terdapat sebarang Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk kerja itu dan adakah ia diikuti?

Sehingga soalan ini ditanyakan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melanggar SOP penting ini (jika tiada maka ia perlukan SOP) kita akan mengulangi kesilapan sama yang mengakibatkan kematian.


Kenyataan Akhbar, 14 September 2020

alt

alt

alt

alt

alt