Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Motosikal Jentera Pembunuh

Penunggang motosikal merupakan pengguna jalan raya yang paling mudah terjejas akibat ketidakstabilan jentera itu serta amat sedikit atau tiada perlindungan ketika berlakunya kemalangan. Perkara ini ditambah pula dengan sikap penunggang motosikal itu sendiri dan kurangnya penguatkuasaan telah menyebabkan bencana besar di jalan raya kita. Tidak kira sama ada pihak berkuasa atau orang ramai yang sensitif atau serius dengan situasi ini. Kematian di jalan raya hanya menjadi satu perangkaan kepada mereka.

Setiap tahun secara purata terdapat kira-kira 465,000 kemalangan di jalan raya yang mengakibatkan hampir 7,000 kematian. Enam puluh peratus atau 4,200 kematian disumbangkan oleh penunggang motosikal dan 40% daripada penunggang motosikal itu adalah di dalam kumpulan usia 16 hingga 25 tahun.

Penguatkuasaan undang-undang jalan raya tidak sepatutnya bermusim

Tahun demi tahun kita melancarkan Ops Sikap, yang sekarang dinamakan Ops Selamat, dalam usaha untuk mencegah kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke 20 bagi jumlah kematian paling ramai pada tahun 2011 di dunia. Kira-kira 18 orang terbunuh setiap hari dalam kemalangan jalan raya dan menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), angka tersebut dijangka meningkat kepada 29 mangsa menjelang 2020.

Menurut Ketua Polis Trafik, Mohd Fuad Abdul Latiff, Ops Sikap yang dilaksanakan sebelum ini kurang berkesan kerana pihak polis cuma menasihati pengguna supaya memandu secara berhemah, jangan memotong barisan dan bersabar ketika memandu. Bagaimanapun Ops Selamat membabitkan penguatkuasaan sepenuhnya. Beliau menegaskan amaran secukupnya sudah diberi dan tindakan serta merta akan diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan penguatkuasaan yang ketat ini dan berharap dapat melihat penurunan positif dalam kemalangan jalan raya pada Hari Raya tahun ini.

Namun begitu, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tidak sepatutnya dibuat ketika musim perayaan sahaja. Penguatkuasaan yang ketat perlu dijalankan secara berterusan, bukannya semasa menjelang musim perayaan semata-mata.

 

Keselamatan di jalan raya: Pendekatan radikal amat diperlukan

Bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia terus meningkat walaupun kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit dan membentuk beberapa agensi untuk menangani isu tersebut. Menurut statistik polis, jumlah kematian di jalan raya telah meningkat daripada 6,286 pada 2003 kepada 6,877 pada 2012, sementara jumlah kemalangan meningkat daripada 298,653 kepada 462,423. Kita mempunyai pemikiran, sistem data, prasarana organisasi, dasar dan program yang salah. Selagi kita tidak memperbetulkannya, kita akan terus melihat peningkatan dalam kes-kes tragedi di jalan raya.

MH370: Beberapa isu yang tidak harus diabai

alt

Isu kegagalan teknologi agak diabaikan dan kekal berada di belakang, walaupun ia merupakan kemungkinan yang utama.

Kaji Semula Faktor Keselamatan Operasi Kren

alt

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menyemak semula dan mengetatkan lagi prosedur berhubung keselamatan operasi kren, memandangkan peningkatan bilangan kemalangan kren. Dalam satu kemalangan yang melibatkan kren di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini, dua pekerja di atas kren cedera dan seorang penunggang motorsikal terbunuh. Insiden ini menimbulkan beberapa persoalan berkaitan keselamatan kerja dan jalan raya. Siasatan segera perlu dijalankan.

Kes lif terjunam semakin meningkat

Terdapat banyak kes lif yang dilaporkan terjunam daripada beberapa tingkat dan turut mencederakan penumpangnya. Dalam kejadian terbaharu di Lumut, ia berakhir dengan kematian.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt