Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

DARI KREN KE TIANG CERUCUK

Setiap kali insiden berlaku di tapak pembinaan dan mengakibatkan kematian satu atau lebih nyawa, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menjalankan siasatan sepenuhnya mengenai operasi Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) tetapi malangnya tidak dipedulikan.

Kami sekali lagi membuat gesaan berdasarkan kejadian pasangan yang maut ditimpa tiang cerucuk ketika mereka melalui tapak pembinaan sepanjang Persiaran Astana, Klang, Jumaat lepas.

Adakan Pemeriksaan Keselamatan DOSH Yang Lepas Tidak Benar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa bingung dengan fakta oleh DOSH yang telah melaporkan bahawa mereka telah menutup menara kren kerana melanggar pelbagai langkah keselamatan dan penyelenggaraan dan mereka mendapati pekerja kren menggunakan lesen kelayakan palsu, walaupun mereka mendakwa mereka telah menjalankan pemeriksaan keselamatan di tapak pembinaan setiap 15 bulan.

Selepas kematian tragik Joice Chin Khoon Sing, yang terbunuh apabila penyangkut kren jatuh ke atas keretanya ketika beliau sedang memandu, DOSH mengumumkan bahawa mereka akan bertindak untuk melakukan pemeriksaan ke atas tapak pembinaan di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang untuk memeriksa sama ada kren itu berfungsi dengan baik dan pekerjanya adalah yang sah.

Tiada Perubahan Selepas Setahun Sejak DOSH Melaporkan 92% Tapak Pembinaan Melanggar Spesifikasi Keselamatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dan sedih dengan berita seorang pemandu kereta mati akibat dihempap oleh cangkuk kren yang jatuh dan menimpa keretanya ketika beliau sedang memandu melalui tapak pembinaan sepanjang Jalan Raja Chulan pada Khamis lepas.

Sejak kematian Chin Khoon Sing, semua pihak yang berkenaan – kontraktor, pemaju dan DOSH – menyuarakan hasrat mereka untuk menyiasat insiden itu sehingga ke puncanya.

Perbetulkan Kekurangan Dalam Sistem Pengangkutan Jalan Tanpa Penangguhan

Lebih dua tahun sudah berlalu sejak Panel Penasihat kemalangan Genting Highlands menyerahkan 51 cadangan kepada Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk memperbaiki sistem keselamatan jalan kebangsaan secara menyeluruh.

Kemalangan kenderaan komersial dan awam menunjukkan betapa terdapat kecacatan dan kekurangan yang serius dalam sistem pengangkutan jalan yang tidak dipedulikan dengan begitu lama.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terus mempersoalkan kelewatan dan sikap sambil lewa serta lambat bertindak yang ditunjukkan oleh pihak berkuasa.

Laksanakan Kesemua 51 Saranan Mencegah Kemalangan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berasa kecewa dengan kemalangan yang berlaku berhampiran Terowong Menora pada 10 Julai lalu. Ini kerana mungkin ramai yang akan terkorban apabila sebuah bas ekspres merempuh 10 buah kereta dalam laluannya. Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika semua pihak bekerjasama namun bukan begitu keadaannya.

Selama bertahun-tahun kita tidak pernah kekurangan saranan mengenai langkah-langkah untuk mencegah kemalangan di jalan raya. Malah selepas kemalangan yang membabitkan bas pada 21 Ogos 2013 di Genting Highlands, sebuah panel penasihat bebas kepada Menteri Pengangkutan telah ditubuhkan. Ia dianggap tragedi paling buruk dalam kemalangan yang meragut nyawa di mana 37 nyawa terkorban termasuklah pemandu bas. Panel itu kemudian menyerahkan laporannya berserta 51 saranan kepada Menteri Pengangkutan pada Januari 2014. Persoalannya, berapa banyakkah antara saranan itu yang telah dilaksanakan?

Lagi korban jalan raya menjelang Hari Raya?

Kita sekarang sedang berada di ambang keghairahan untuk balik kampung bagi menyambut Hari Raya tidak kira apa jua halangan yang ada. Bagi ramai orang, ia merupakan saat terbaik untuk bertemu sanak saudara dan menyambung silaturrahim sempena kedatangan Aidil Fitri. Namun kegembiraan itu boleh bertukar menjadi dukacita dan kesedihan  bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga yang terbabit dalam kemalangan jalan raya. Sungguhpun Ops Selamat IX akan dilaksanakan sepenuhnya, apakah yang boleh kita harapkan daripada operasi seumpamanya?

Melalui pemerhatian kami, sebahagian besar operasi tersebut ternyata gagal tahun demi tahun kerana jumlah mangsa yang terkorban terus meningkat.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt