Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tindakan Tegas Perlu Segera Diambil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan kejadian runtuhan kondominium The Address yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa pada 14 Februari 2020.

Sebelum ini berlaku kejadian kren tumbang di tapak itu ke kawasan kejiranan pada 23 Januari 2018.

Gabungan Lindungi Taman Desa daripada awal lagi memberi amaran bahawa “tapak, keadaan projek dan kadar kerja mempunyai semua ramuan untuk berlakunya kemalangan jika ujian kelayakan dan pematuhan yang ketat dengan peraturan keselamatan tidak dikuatkuasakan.” Amat dikesalkan sekali apabila pihak berkuasa tidak mengendahkannya.

Perintah henti kerja dan pembekuan lesen penjualan kondominium yang diberikan kepada kontraktor sudah terlambat memandangkan integriti struktur seluruh bangunan juga perlu dipersoalkan.

Amaran CAP mengenai kurangnya langkah keselamatan dan penguatkuasaan di tapak pembinaan tidak dipedulikan memandangkan bahaya pembinaan seperti itu berulang kali berlaku. Reaksi tersentak daripada pihak berkuasa tidak melindungi pekerja dan orang ramai manakala pemaju yang melakukan kesalahan sering terlepas daripada dikenakan tindakan.

Daripada Januari hingga November 2018, terdapat 143 kematian dan 8,191 kemalangan dalam sektor pembinaan. Kadar kemalangan dan kematian yang tinggi ini adalah daripada perangkaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), agensi yang kekurangan kakitangan dengan hanya 100 pegawai di seluruh negara untuk memantau 14,000 tapak pembinaan aktif di negara ini.

Kami menggesa kerajaan supaya meneliti semula undang-undang sedia ada berhubung keselamatan pekerjaan seperti:

· Menjadikan hukuman penjara mandatori tidak lebih daripada 2 tahun dan menaikkan denda kepada 20% daripada nilai projek. Dendanya selari dengan nilai projek. Pada masa kini Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

· Menahan orang yang bertanggungjawab (contohnya kontraktor, arkitek atau jurutera) terhadap keselamatan projek. Jika sekiranya terdapat unsur kecuaian atau bukti yang tidak mematuhi prosedur operasi standard, dakwaan perlu difailkan terhadap mereka di samping membatalkan keahlian mereka daripada badan profesional. Ia bukanlah satu kaedah berkesan dan praktikal untuk menghantar pegawai ke seluruh negara untuk memeriksa kemajuan projek tetapi sebaliknya tidak memberi peluang kepada dengan undang-undang yang lebih keras.

· Terdapat keperluan untuk memantau dengan lebih berkesan terhadap semua projek memandangkan bilangan projek mungkin berubah-ubah dengan drastik bergantung kepada situasi ekonomi negara dan permintaan.

Oleh itu, kami mengulangi gesaan kepada kerajaan supaya menyemak semula undang-undang sedia ada berkaitan dengan sektor pembinaan untuk memastikan ia menjadi sebagai undang-undang pencegahan. Bagaimanapun, ia masih memerlukan pelaksanaan undang-undang yang lebih ketat bagi menyampaikan mesej kepada pemain industri bahawa sebarang sikap acuh tak acuh tidak boleh diterima.

 

Surat kepada Pengarang, 17 Februari 2020

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt