Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Jangan Dorong Anak-anak Kita Ke Jalan Raya

Anak-anak yang terlibat dalam kegiatan Basikal Lajak perlu disediakan dengan kemudahan dan ruang yang sesuai dengan bakat mereka dalam persekitaran yang selamat. Ini adalah sesuatu yang lumrah. Mereka tidak seharusnya didorong ke jalan raya di mana mereka boleh dianggap mengganggu dan membahayakan diri mereka sendiri serta orang lain.

Isu Basikal Lajak muncul sejak 2001 dalam bentuk kecilan di seluruh negara sehinggalah berlakunya tragedi pada 2017 apabila 8 kanak-kanak kehilangan nyawa, membawa isu ini ke peringkat semasa.

Kemalangan jalan raya, tragedi bas ekspres dan isu Mat Rempit sudah menjadi satu perkara yang lazim bagi rakyat Malaysia. Kita masih belum dapat melihat penyelesaian kepada semua isu ini yang muncul dan terus muncul dalam kita mengharapkan pengakhirannya. Kini isu Basikal Lajak akan menemui nasib yang sama, jika kita tidak menangani isu sosial yang dibawa oleh sistem pendidikan kita, kekurangan ruang dan kemudahan untuk rekreasi yang sesuai, disokong oleh penyeliaan ibu bapa dan penguatkuasaan yang sesuai.

Kita tidak boleh menyalahkan anak-anak ini terhadap aktiviti mereka, mahupun mengklasifikasikan aktiviti mereka hanya sebagai pelarian daripada kenyataan (escapism). Tidak diragui bahawa majoriti kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti seperti ini datangnya daripada keluarga B40 atau keluarga yang bermasalah. Kanak-kanak menjadi mangsa apa yang kita nafikan daripada mereka selama ini.

Kebanyakan daripada kita menyalahkan anak-anak yang menjadi Mat Lajak ini kerana disiplin yang buruk. Semuanya ini boleh dikesan kembali kepada jenis sistem pendidikan yang kita ada hari ini. Disiplin mestilah dipupuk daripada usia awal lagi sehingga kanak-kanak menjadi dewasa. Mereka membawa apa sahaja yang mereka perolehi di sekolah dan rumah sehingga dewasa dan hidup di dunia luar.

Kini pihak polis sukar untuk menguatkuasakan undang-undang kerana penguatkuasaan selama ini amat lemah dan disebabkan sikap puas hati kita dalam mendisiplinkan anak-anak kita di masa lalu.

Jadi ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka dan peka dengan aktiviti anak-anak mereka pada setiap masa. Pihak berkuasa perlu menyediakan pendidikan keibubapaan bagi pasangan muda yang bermasalah terutama sekali bagi pasangan yang bergelut untuk menyara keluarga mereka. Pihak berkuasa mestilah tegas dengan ibu bapa dan menguatkuasakan undang-undang sewajarnya.

Pihak berkuasa kita telah banyak melabur dalam melengkapkan kenderaan bermotor dan menyediakan infrastruktur untuk kenderaan persendirian tanpa pertimbangan yang lebih banyak kepada pengangkutan awam dan cara pengangkutan lain. Pembinaan infrastruktur ini telah merampas ruang yang sebaliknya boleh degunakan untuk membina taman untuk semua orang. Golongan belia juga boleh disediakan ruang untuk melakukan aktiviti berbasikal di trek atau velodrom.

Mereka yang terlibat dalam aktiviti berbasikal perlu diberikan latihan mengenai pengetahuan keselamatan termasuk jenis peralatan keselamatan yang perlu dipakai untuk melindungi diri mereka daripada kecederaan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa supaya mengambil langkah yang berikut:-

1.     Mengharamkan aktiviti Basikal Lajak di jalan raya awam dan menyediakan ruang dan kemudahan yang perlu untuk belia melakukan aktiviti mereka dengan latihan dan panduan yang perlu;

2.     Ibu bapa perlu dipertanggungjawabkan  terhadap kecuaian dalam penjagaan anak-anak mereka dan undang-undang perlu dilaksanakan dengan secara tepat;

3.     Melabur dengan bijak dalam sistem pendidikan kita untuk jangka panjang.

 

Kenyataan Akhbar, 18 November 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt