Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Mercun dan Bunga Api: Kuatkuasakan Sahaja Undang-undang!

Sepatutnya perayaan disambut dengan penuh kemeriahan tetapi malangnya setiap tahun ada sahaja mereka yang dimasukkan ke hospital. Jika bernasib baik, mereka hanya mengalami kecederaan, jika tidak ajal menanti. Pihak berkuasa berkaitan nampaknya tidak mengambil berat dalam menangani masalah ini yang masih berterusan setiap tahun.

Tahun ini juga turut mengulangi perkara yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya. Sudah pun terdapat laporan kecederaan dan berita mercun dan bunga api dijual berleluasa dengan harga RM2 hingga RM65 sekotak di Pasar Ramadhan seluruh negara.

Bagaimana bahan letupan ini boleh dijual secara terbuka dan dilaporkan ia juga boleh ditempah melalui Whatsapp dan Facebook? Pemborong di Lembah Klang melantik agen yang memperolehi sehingga 20% daripada penjualan dengan bantuan katalog.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah berulangkali menggesa menguatkuasakan pengharaman sejak 30 tahun lebih tetapi malangnya tidak dipedulikan. Ia bukanlah kerana kita tidak mempunyai undang-undang berhubung pengharaman mercun dan bunga api; ia diharamkan di bawah Akta Letupan 1957.

Di bawah Seksyen 8 Akta Letupan 1975, seseorang itu akan dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda RM10,000, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah melanggar Akta itu.

Kami difahamkan bahawa pada 2015 dan 2016, PDRM mengetepikan pengharaman dengan mengeluarkan permit kepada syarikat tempatan untuk mengimport mercun/bunga api. Kenapa permit dikeluarkan oleh PDRM bukannya Kementerian Dalam Negeri seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 26 Akta itu:

“Peraturan 26. Menteri (penekanan CAP) mungkin membuat peraturan –

(a)      Mengawal atau melarang, kecuali di bawah atau selaras dengan peruntukan atau syarat lesen diberikan di bawah Akta ini, mengeluar, memiliki, mengguna, menjual, menyimpan, transport, import atau eksport bahan letupan atau mana-mana yang khusus dan kelasnya.”

CAP merasa hairan bagaimana syarikat diberikan permit untuk mengimport dan menjual mercun apabila pengharamannya dilaksanakan sejak berdekad.

Bagi mercun dan bunga api haram, bagaimana ia boleh memasuki negara ini dalam jumlah yang begitu besar? Bagaimana mereka yang menjualnya terlepas daripada pendakwaan?

Cakap-cakap sahaja tidak dapat menangani masalah ini. Kuatkuasakan sahaja undang-undang yang ada!

Kenyataan Akhbar, 21 Jun 2017

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt