Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Tindakan Tegas Perlu Segera Diambil

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan kejadian runtuhan kondominium The Address yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa pada 14 Februari 2020.

Sebelum ini berlaku kejadian kren tumbang di tapak itu ke kawasan kejiranan pada 23 Januari 2018.

Banteras perbuatan merempit sekarang

Pada awal pagi Tahun Baharu 2020, pihak polis telah menjalankan operasi di Lebuh raya Tun Dr. Lim Chong Eu untuk menahan Mat Rempit yang menggila-gila berlumba di jalan raya. Jumlah Mat Rempit yang dilaporkan ditangkap dan ditahan di balai polis Bayan Lepas untuk diproses mencecah ratusan orang. Selepas membaca laporan ini perasaan kami berbelah bagi, sama seperti orang lain yang membacanya.

Jangan Dorong Anak-anak Kita Ke Jalan Raya

Anak-anak yang terlibat dalam kegiatan Basikal Lajak perlu disediakan dengan kemudahan dan ruang yang sesuai dengan bakat mereka dalam persekitaran yang selamat. Ini adalah sesuatu yang lumrah. Mereka tidak seharusnya didorong ke jalan raya di mana mereka boleh dianggap mengganggu dan membahayakan diri mereka sendiri serta orang lain.

Isu Basikal Lajak muncul sejak 2001 dalam bentuk kecilan di seluruh negara sehinggalah berlakunya tragedi pada 2017 apabila 8 kanak-kanak kehilangan nyawa, membawa isu ini ke peringkat semasa.

Lif Lama Perlu Diganti

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak terkejut dengan insiden melibatkan lif di flat PPR Kampung Kerinchi yang tiba-tiba jatuh 15 meter dari tingkat 5 ke tingkat bawah. Kami telah menekankan pada masa lepas bahawa kemungkinan berlakunya kemalangan amat tinggi memandangkan jarak tempoh pemeriksaan lif oleh JKKP adalah terlalu lama iaitu 15 bulan. Kali ini mereka bernasib baik kerana insiden itu tidak mengakibatkan kematian, hanya kecederaan.

Menganggap insiden itu sebagai satu kemalangan adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Hanya kerana kabel lif tidak putus, breknya berfungsi dan sistem komputer juga berfungsi tidak bermakna bahawa ia tiada masalah, ia hanya masalah itu yang sukar untuk dikesan.

Ketengahkan nasib pemandu kenderaan berat untuk bendung kes kemalangan jalan raya - CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin menarik perhatian kepada hasil tinjauan kami  yang membimbangkan baru-baru ini mengenai pemandu bas ekspres dan lori kargo komersial berikutan kemalangan jalan raya membawa maut yang berterusan membabitkan kenderaan tersebut. CAP menggesa pihak berkuasa memandang serius perkara ini dan mengambil langkah-langkah tegas bagi membendung tragedi seumpamanya daripada berulang.

Di antara 2007 dan 2016, lori dan bas sahaja terlibat dalam 2,525 kematian di jalan raya. Bimbang dengan keselamatan dan nyawa mereka, semakin ramai penumpang beralih kepada  Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS).

Mercun dan Bunga Api Haram Masih Terdapat Dalam Pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah berulang kali menggesa supaya penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pengharaman mercun/bunga api sejak lebih 20 tahun tetapi malangnya gesaan ini tidak dipedulikan.

Sementara kita berjuang untuk menguatkuasakan undang-undang, lebih daripada 40,000 orang telah menandatangani petisyen menggesa undang-undang baharu untuk mengharamkan penggunaan bunga api oleh orang awam di United Kingdom (UK). Alasan mereka ialah bunga api menyebabkan “cemas, sedih dan bimbang” kepada “ramai orang dan haiwan”.

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt