Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Menyertai Sukan Lasak Atas Risiko Sendiri

Pada 27 September 2020, seorang wanita patah tulang belakang selepas tali putus ketika aktiviti ayunan tali di Kuala Kubu Bharu. Ini bukanlah kes pertama melibatkan sukan lasak tidak juga yang terakhir selagi pihak berkuasa bersikap tidak bertanggungjawab.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut apabila pada 11 Oktober 2020 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mungkin membenarkan pengendali menyambung semula perniagaannya selepas pengendali membantah perintah MDHS supaya menghentikan aktiviti itu beberapa kali sejak 2017. Ia menyatakan keputusan itu dibuat selepas “penelitian semula teknikal dan kajian dasar”.

Ia berkata bahawa “aktiviti lasak akan dibenarkan untuk disambung semula hanya apabila dasar yang berkaitan terhadap perlaksanaan dikeluarkan dan semua hal ehwal teknikal berada dalam keadaan teratur”. Kenyataan itu dikeluarkan kurang daripada dua minggu selepas kemalangan yang disebabkan tali ayunan “baharu” jambatan. Sukar untuk dipercayai bagaimana keputusan ini boleh dicapai dalam tempoh masa yang singkat.

Malah sebelum kemalangan, majlis daerah didakwa memberitahu pengendali supaya berhenti daripada menjalankan aktiviti itu beberapa kali tetapi pengendali menentang perintah majlis itu. Pada hakikatnya, pengendali beroperasi tanpa permit sejak 2017.

Lebih-lebih lagi, bagaimana pengendali berjaya menjalankan perniagaannya (kerana ia haram) selama lebih dua tahun dengan pengetahuan majlis daerah sementara tidak terdapat garis panduan sukan lasak? Adakah pengendali itu akan terus melanggar undang-undang jika kemalangan itu tidak berlaku pada 27 September 2020?

Jelas, Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) memberitahu pengendali supaya “mencari struktur lain” memandangkan jambatan di mana insiden itu berlaku di bawah bidang kuasa JKR. Jika ini benar maka kami amat terkejut dengan saranan yang diberikan oleh JKR kerana perniagaan haram menjadikan ia tidak berbeza di mana aktiviti itu berlaku. Ia samalah seperti memberitahu seseorang yang mengambil dadah supaya berpindah daripada hartanah milik anda ke suatu tempat lain.

Adakah pengendali menginsuranskan mereka yang menyertai aktiviti sukan lasak ini? kami merasa ragu bahawa terdapat mana-mana syarikat insurans yang akan menjual sebarang polisi kepada pengendali sukan lasak haram dan jika demikian, peserta sukan lasak itu mengambil risiko sendiri.

Kami juga merasa bingung dengan apa yang dijelaskan oleh pengendali mengenai faktor penyumbang kepada kemalangan itu: tali putus tetapi tidak pecah. Pihak berkuasa seharusnya menarik balik perintah tidak mengeluarkan kenyataan kepada pengendali supaya mereka boleh menjelaskan bagaimana tali boleh putus tanpa pecah, malah wanita itu terhempas ke batu sebelum menjunam ke dalam sungai.

Menurut laporan, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH) berkata garis panduan mengenai aktiviti itu bukan di bawah bidang kuasa mereka memandangkan aktiviti “ayunan tali” tidak dipandu oleh motor tidak juga menggunakan mesin mengangkat. Oleh itu, kami menggesa DOSH supaya menggubal garis panduan untuk memasukkan aktiviti yang pada masa ini di luar bidang kuasa mereka.

Pihak berkuasa menyedari aktiviti itu sejak 2017 dan pengendali, menurut laporan berita telah beroperasi tanpa lesen sejak tahun itu. Pihak berkuasa, pada hakikatnya telah menerima aduan di masa lalu mengenai pengendali yang membenarkan peserta terjun daripada jambatan sambil memegang anak mereka dengan abah-abah.

Pihak berkuasa perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan mereka untuk menghentikan aktiviti sukan lasak tanpa terlebih dahulu menggubal dan melaksanakan garis panduan yang sempurna. Ia jelas mengutamakan sukan lasak daripada aspek keselamatan. Sementara itu, kami menggesa kerajaan supaya mengharamkan semua aktiviti sukan lasak sehingga mereka semua mempunyai agensi kerajaan berkaitan seperti majlis daerah, Kementerian Belia dan Sukan, dan DOSH menggubal garis panduan lengkap untuk pengendali sukan lasak di seluruh negara yang perlu diikuti.


Surat Kepada Pengarang, 15 Oktober 2020

alt

alt

alt

alt

alt