Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Memberi suara kepada masyarakat...sejak 1970

Haramkan e-games!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengharamkan ‘e-games’ yang ganas seperti PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) yang ditiru oleh pengganas yang membunuh jemaah masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Amat dikesali apabila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa serangan ganas seumpamanya tidak sepatutnya dikaitkan dengan e-games padahal pakar psikologi menegaskan terdapat kaitan di antara ‘keganasan’ dengan ‘e-games’ dan filem terutama apabila mereka didedahkan kepadanya sejak kecil. Beliau tidak faham impak keganasan dalam permainan seperti itu terhadap minda manusia. Beberapa kajian juga telah menunjukkan kaitan antara keduanya.

Besar kemungkinan ia mampu membuatkan orang tidak lagi sensitif kepada darah, keganasan, kecederaan dan kematian sebagaimana yang kita dapat perhatikan bagaimana generasi sekarang bertindak balas kepada ‘e-games’ ganas dan filem tanpa teragak-agak; malah mereka sebenarnya menikmati masa yang dihabiskan ke atas media ini. Jika kita akur kepada pembunuhan, bagaimana pula kita hendak menjelaskan mengenai kanak-kanak yang telah terpengaruh untuk menjalankan serangan ganas kerana mereka lebih tertumpu kepada mencapai objektif masing-masing daripada memikirkan tentang kesakitan dan kesengsaraan akibat tindakan mereka itu?

Sehubungan itu, kami mengulangi gesaan agar diharamkan ‘e-games’ dan filem ganas seperti yang dilakukan berdekad lalu kerana ia tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat tetapi sebaliknya ia adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan, tanpa perasaan belas kasihan dan lebih buruk lagi, penuh keganasan. Kita tidak mahu masyarakat beranggapan darah hanyalah sekadar cecair yang mengalir dalam tubuh dan keganasan hanya membuatkan darah mengalir lebih deras dan menyeronokkan. Kita mahu masyarakat merasai kesakitan dan penderitaan serta belas kasihan terhadap semua makhluk.

 

Kenyataan Akhbar, 18 Mac 2019

Kempen Hidup Secara Sederhana

Slaid

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt